23
– A, Taman Kencana,
05400
Alor Star,
Kedah,
Malaysia.
20 Ogos 2013.
.
Ke persisian sahabatku
Sophelia yang kini sedang berada di Tikrit, Turki dengan harapan semoga saudari sekeluarga sihat selalu dan dilindungi Tuhan.
Saudari,
Terima
kasih kerana masih mengingati saya di bumi bertuah, Malaysia ini. Apa khabar saudari sekeluarga? Bagaimana dengan pelajaran saudari? Meskipun
perkenalan kita hanya menerusi lembaran kertas namun kehangatan persahabatan
yang terjalin di antara kita sentiasa berkekalan. Surat saudari telah selamat sampai ke
penerimaan saya seminggu yang lalu.
Maafkan saya kerana agak lambat membalas surat itu kerana pada masa itu saya
sedang sibuk mendepani peperiksaan pertengahan tahun di sekolah saya. Melalui surat saudari itu saudari ada menyatakan bahawa saudari ingin mengetahui sambutan
perayaan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Saya akan cuba menjelaskannya
melalui surat ini.
Sebagaimana yang saudari ketahui,
Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan berbilang kepercayaan agama.
Antaranya, Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Kaum-kaum tersebut mempunyai
perayaan tersendiri yang disambut dengan meriah. Perayaan-perayaan ini pula
dijadikan acara kebangsaan iaitu Rumah Terbuka Malaysia untuk memberi peluang
semua rakyat berkongsi kegembiraan di samping bertemu pemimpin negara. Dalam
acara ini, biasanya pelancong asing juga diraikan sebagai tetamu istimewa.
Bagi kaum Melayu seperti saya yang
beragama Islam, kami akan menyambut dua hari perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan
Hari Raya Qurban. Hari Raya Puasa yang juga dikenali sebagai Idil Fitri
disambut pada 1 Syawal manakala Hari Raya Qurban atau Idil Adha disambut pada
10 Zulhijjah. Kedua-dua tarikh tersebut terdapat dalam bulan Islam. Sebelum
tiba 1 Syawal, umat Islam akan menjalani ibadah puasa selama sebulan. Pada masa
itu, persiapan untuk menyambut syawal sudah dilakukan. Antaranya suri rumah
sudah mula menjahit pakaian baru untuk keluarga, langsir dan pelbagai persiapan
lain yang juga baru. Pada sebelah malam bulan puasa iaitu bulan Ramadhan, kami
menunaikan solat tarawikh. Selepas solat kami mendapat ‘upah’ iaitu makanan
istimewa dipanggil moreh yang disediakan oleh pihak jawatankuasa masjid atau
surau di tempat kami.
Pada pagi kedua-dua Hari Raya
tersebut, umat Islam akan menunaikan solat sunat di masjid atau surau. Sebelum
itu takbir raya kedengaran bersahut-sahutan. Suasana syahdu sekali pada waktu
itu. Selepas itu, biasanya sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang telah
meninggal dunia akan menziarahi pusara ahli kelauarga tersebut untuk menghadiahkan
bacaan doa memohon agar roh mereka dicucuri rahmat. Kemudian, kami akan
bersalaman dan bermaafan dengan ahli
keluarga. Biasanya, anak-anak akan mencium tangan ibu bapa dan meminta agar ibu
bapa memaafkan segala kesilapan mereka dan menghalalkan segala makan minum yang
diberikan. Selepas itu, ahli keluarga yang muda akan menuntut kemaafan daripada
ahli keluarga yang tua lainnya seperti datuk nenek, ibu dan bapa saudara dan
sebagainya. Yang paling seronok ialah anak-anak kecil kerana mereka akan
beroleh ‘duit raya’ di dalam paket hijau. Bagi kami yang telah dewasa pula,
keseronokan memuncak apabila dapat menikmati pelbagai juadah enak seperti
ketupat, lemang, rendang, lontong, dan beraneka kuih muih. Kami ziarah
menziarahi rumah sanak saudara dan sahabat handai untuk saling bermaafan pada
Idil fitri itu.
Bagi masyarakat Cina pula, mereka
merayakan Tahun Baru Cina iaitu pada
setiap awal tahun mengikut kalendar Cina. Perayaan yang juga dikenali sebagai
“Tung Zhi” ini merupakan perayaan yang dipenuhi warna merah. Hal ini demikian
kerana, warna merah dipercayai warna yang membawa tuah. Pada petang sebelum
tarikh tahun baru semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk
makan besar. Mereka menyediakan pelbagai makanan enak dan dihidangkan di atas
meja bulat bagi membolehkan semua ahli keluarga duduk dan sama-sama menikmati
makanan yang disediakan itu. Antara juadah tradisi perayaan ini ialah “yi
sang”. Makanan berupa campuran sayuran pelbagai jenis ini digaul oleh semua
ahli keluarga menggunakan “chop stik”. Tradisi makan besar ini merupakan satu
cara untuk mengeratkan perpaduan keluarga. Pada tengah malamnya pula, mereka
akan membakar mercun untuk menghalau raksasa “nien” yang dipercayai sebagai
pengganggu. Pada sebelah pagi pula, suasana dimeriahkan oleh tarian singa yang
diiringi paluan gendang. Bunyinya gegak-gempita. Satu lagi tradisi yang tidak
ditinggalkan ialah penyediaan kuih bakul, kuih kapit, dan limau mandarin (lukam). Golongan
yang belum berkahwin akan memperoleh “ang
pau” di dalam paket merah pada hari tersebut.
Satu lagi perayaan besar di negara
saya ialah perayaan penganut agama Hindu. Perayaan yang dimaksudkan ialah
Deepavali. Perayaan ini juga disambut sempena tibanya tahun baru mengikut
kalendar Hindu. Pada hari itu, penganut Hindu akan mandi minyak. Mereka percaya
dengan berbuat demikian, mereka akan menjadi lebih sihat dan kuat untuk
berdepan dengan cabaran tahun baru. Pelita minyak juga dipasang pada malam
perayaan menandakan kehidupan yang lebih cerah menanti pada tahun baru. Oleh
sebab itu, perayaan ini dikenali juga
dengan Pesta Cahaya. Juadah istimewa yang terdapat pada perayaan ini ialah
maruku, kuih batu, tosai, laddu dan sebagainya. Semua penyambut perayaan itu memakai pakaian baru
yang berwarna-warni. Mereka juga
menghiasi rumah untuk menyambut sahabat handai yang datang.
Nampaknya sudah panjang lebar surat
saya ini. Saya fikir cukup setakat inilah dahulu coretan saya.Perayaan ini
bukan sahaja perayaan keluarga kerana semua ahli keluarga yang tinggal di
perantauan akan pulang ke kampung halaman untuk sama-sama mengekalkan tradisi
kekeluargaan bahkan sesungguhnya perayaan di Malaysia ini merupakan ‘jambatan’
kepada rakyat untuk menjalin hubungan
muhibah dan mesra melalui amalan toleransi ketika menyambutnya. Majlis rumah
terbuka yang diadakah oleh setiap orang menjadi ‘jalan’ kepada mereka untuk
kunjung mengunjung dan berkenal-kenalan, bak kata pepatah “Tak kenal maka tak
cinta” . Saya harap saudari akan berpeluang datang ke Malaysia dan menyaksikan
sendiri warna-warni perayaan tersebut. Sampaikan salam saya kepada
keluarga saudari di Tikrit.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
………………
( WENDY TAN)
agak2 ini berapa jumlah patah perkataan
ReplyDelete1000 patah perkataan
ReplyDeleteSaya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.
ReplyDeleteBeberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)
Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.
Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)