Pages

Enjin Carian

Tuesday, 13 August 2013

Novel Erti Sebuah Pengorbanan


Erti Sebuah Pengorbanan
(Zaihanim Abidin)

 


SINOPSIS


Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu.  Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya.  Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah.  Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand

Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain.  Namun, Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman.  Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk Zulkarnain.  Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada pertandingan pidato yang mereka sertai.  Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah. 

            Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu ketenangan Iman.  Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial.  Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman.  Hal ini menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.

            Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia tidak jadi berkahwin.  Iman kembali mesra dengan ayahnya.   Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah.  Pertandingan ini turut disaksikan oleh ayahnya.  Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Linda.  Namun, Iman memaafkan Linda.

            Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman.  Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan Iman.

PLOT

Permulaan
Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya.  Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand.  Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.

Perkembangan
Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung.  Mereka sering  bersama-sama ke sekolah.  Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama.  Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.

Perumitan
Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman.  Hal ini menghairankan Iman.  Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya.  Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda.  Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman. 

Puncak
Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut.  Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang.  Namun dia cekal.  Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.

Peleraian
Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman.  Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.


No comments:

Post a Comment