AZFA HANANI
TEMA
Tema
dalam novel Azfa Hanani ialah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang gadis
demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa kerana
kehilangan anak kesayangannya dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani seorang
anak yatim piatu sanggup menerima tawaran untuk menjadi Tengku Murni bagi
memastikan Datin Maziah yang baru tersedar daripada koma tidak tertekan jika
mendapat tahu bahawa anak kesayangannya telah meninggal dunia.
PERSOALAN
1.
Pengorbanan dalam menempuh
kehidupan.
a.
Azfa Hanani sanggup menerima
tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni.
Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan penyakit
lumpuhnya sebagai balasan.
b.
Azfa Hanani berkorban dengan
meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di kampung.
c.
Azfa Hanani sanggup mengorbankan
perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian
kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur
seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.
2.
Berani mengambil risiko.
a. Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani
mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
b. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu,
sekolah baharu dan kawan-kawan yang baharu.
3. Kegigihan dan
tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian.
a. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar
dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.
b. Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa
Hanani masih bersikap optimis dan tidak berputus asa.
4. Sikap manusia
yang mementingkan darjat atau pangkat.
a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar
kerana tamakkan harta.
b. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran
kerana Ekran berasal dari keluarga yang susah.
c. Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga
yang kaya.
5. Berpegang kepada
janji.
a. Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’
kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni.
b. Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini.
c. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16
tahun yang lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai
menebus kesalahan mereka.
MENGENAL WATAK.
Jenis Watak:
1.Watak utama / watak protagonis
a. Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita.
b. Watak utama muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting sesebuah
cerita.
c. Watak utama dalam novel ini ialah Azfa Hanani.
2.Watak sampingan
a. Watak sampingan menyokong tindak-tanduk watak utama untuk melengkapkan
cerita.
b. Kemunculan watak sampingan tidak sekerap watak utama.
c. Antara watak sampingan dalam novel ini ialah Tengku Mazran, Kak
Syafinaz, Datin Maziah, Tengku Datuk Makmur, Tengku Ellina, Tengku Muzaffar dan
Ekran.
3.Watak Antagonis.
a. Watak antagonis sentiasa menimbulkan konflik dengan watak utama.
b. Watak antagonis dalam novel ini ialah Laili yang memusuhi Azfa Hanani.
4.Watak Bulat / Watak Bundar.
a. Watak ini merupakan watak utama yang menepati sifat manusia dalam
kehidupan sehari-hari.
b. Dalam novel ini, Azfa Hanani merupakan watak Bundar.
c. Azfa Hanani memiliki sifat-sifat yang ada pada manusia biasa. Misalnya,
dia berasa takut/malu jika tindakannya sering ‘meminjam’ buku-buku rujukan SPM
dari perpustakaan akan diketahui orang. Azfa Hanani juga berasa tersinggung
apabila dihina. Contohnya, tindakan Datuk Tengku Makmur mencampakkan wang ‘upah’
penyamarannya itu ke atas katil telah menyinggung perasaan Azfa Hanani.
5.Watak Pipih.
a. Watak ini merupakan watak sampingan yang hanya dipusatkan pada suatu aspek
sifat atau fikirannya.
b. Watak ini tidak kompleks dan tidak berkembang.
c. Antara watak pipih dalam novel ini ialah Tengku Ellina yang merupakan
saudara dua pupu Tengku Murni dan menolong Azfa Hanani menyesuaikan diri di
Sekolah Menengah Taman Sari.
6.Watak Dinamik.
a. Watak dinamik berubah, sama ada dari segi psikologi atau dari segi
aksi-aksi yang berlaku dalam plot.
b. Perubahan yang berlaku mungkin daripada kurang baik menjadi yang baik
atau sebaliknya.
c. Contoh watak dinamik dalam novel ini ialah Tengku Muzaffar. Dia pada
mulanya sering menunjukkan sikap syak wasangka terhadap Azfa Hanani. Dia juga
memandang rendah terhadap orang yang kurang berada. Namun akhirnya, dia telah
berubah dan insaf atas perbuatannya terhadap Azfa Hanani. Tengku Muzaffar mula
berjinak-jinak dengan masjid dan mengikuti pengajian agama di situ.
7.Watak Statik.
a. Watak statik tidak mengalami sebarang perubahan tingkah laku atau
fikiran dari awal hingga ke akhir cerita.
b. Contoh watak statik dalam novel ini ialah Kak Finaz (Syafinaz).
WATAK DAN PERWATAKAN
Azfa Hanani / Aku
a.
Azfa Hanani ialah watak utama
novel ini.
b.
Berumur 17 tahun.
c.
Secara fizikalnya Azfa Hanani
gadis yang cantik, wajahnya lembut.
d.
Azfa Hanani kehilangan kedua ibu
bapanya semasa dia masih bayi.
e.
Dia bersekolah dalam Tingkatan
Lima Kenanga di SM Seri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang
baik dalam peperiksaan SRP, kecuali subjek Bahasa Inggeris.
f. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam serba kekurangan.
g.
Gigih dalam menuntut ilmu.
Buktinya setiap hari dia berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 km
dengan menggunakan bas sekolah.
h.
Taat kepada pak long dan mak
longnya. Dia meminta keizinan mereka terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk
mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur.
i. Penyayang. Dia amat menyayangi anak-anak pak longnya.
j. Bertanggungjawab. Dia tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang ‘dipinjamnya’ itu kepada Cikgu
Zamin.
k. Taat pada perintah agama. Buktinya, dia rajin bersembahyang dan
selalunya setiap malam Jumaat dia akan membaca Al-Quran untuk disedekahkan
kepada arwah ayah dan ibunya.
l. Bijak bergaul. Dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar
di sekolah baharunya, iaitu SM Taman Sari.
m.
Cekal hati. Contohnya, Azfa Hanani
berjaya mengharungi kehidupan seorang diri di tempat yang baharu.
n.
Pemaaf. Dia sudi memaafkan
perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
o.
Teguh jati diri. Buktinya, dia
masih mahu mengekalkan identiti diri sebagai Azfa Hanani walaupun telah
diterima baik oleh keluarga Datuk Tengku Makmur.
Tengku Murni / Murni
a.
Anak perempuan Datuk T. Makmur dan
Datin Maziah.
b.
Wajahnya seiras dengan Azfa
Hanani.
c.
Meninggal dunia akibat kemalangan
yang menimpanya semasa memandu bersama-sama ibunya.
d.
Gemar berpakaian ‘rugged’.
Buktinya diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-gambar di dalam album
Tengku Murni.
e.
Anak yang manja. Tengku Murni akan
mencium pipi ibunya sebelum keluar ke mana-mana.
f. Peramah. Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Murni baik dengan
hampir semua pelajar SM Taman Sari.
g.
Tidak mudah mengalah. Buktinya
melalui perbualan antara Abang Mazran dan Azfa Hanani, Murni dikatakan tidak
mahu beralah apabila bergaduh dengan abang-abangnya.
h.
Tidak memandang rendah pada orang
lain. Syafiqah dan Fuziana ditegur oleh Murni kerana sering merendahkan orang
lain.
Datin Maziah
a.
Isteri Datuk Tengku Makmur.
b.
Ibu kepada Tengku Murshadad (anak
sulung), Tengku Mirzan, Tengku Mazran, Tengku Muzaffar dan akhirnya Tengku
Murni.
c.
Hidup bermadu setelah suaminya
bernikah dengan seorang gadis muda.
d.
Ibu yang penyayang. Dia sangat
menyayangi dan memanjakan Tengku Murni.
e.
Mengalami tekanan perasaan. Tengku
Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni bagi
meredakan tekanan perasaan yang dialami oleh ibunya itu.
Tengku Mazran / Abang Mazran
a. Anak
Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
b. Isterinya
bernama Syafinaz.
c. Anak
yang bertanggungjawab. Buktinya, dia berusaha
untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari
penawarnya, iaitu
meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya Tengku Murni.
d.
Penyayang. Buktinya, atas
dasar kasih kepada ibu, dia berusaha
untuk menyembuhkan tekanan perasaan yang dihadapi ibunya.
e. Mengambil
berat. Buktinya dia sentiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani.
f.
Berpegang
teguh pada janji. Setiap janjinya dengan Azfa Hanani ditunaikan.
g. Berpendirian
terbuka. Contohnya, dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang berketurunan
bangsawan.
Syafinaz/Kak Finaz
a. Isteri
Tengku Mazran.
b. Kakak
ipar yang baik hati. Buktinya banyak membantu AH sepanjang dia tinggal di rumah banglo Datin
Maziah.
c. Sanggup berkorban. Dia telah berhenti
kerja kerana hendak mengurus keluarga mentuanya setelah Datin Maziah sakit.
d. Bijak mengurus diri. Setelah AH dapat
menyesuaikan dirinya, Kak Finaz menyambung tugasnya sebagai seorang arkitek.
Ekran
a. Ayah dan ibunya merupakan pensyarah di
Universiti Kebangsaan Malaysia
dan kini sedang mengikuti kursus doktor falsafah di Amerika Syarikat.
b. Ekran pengerusi Persatuan Pelajar
Tingkatan Lima di SM Taman Sari.
c. Ingin menjadi akauntan. Buktinya,
perniagaan burger diusahakannya bagi mempraktikkan apa-apa yang dipelajarinya
di sekolah.
d. Cekap. Projek Hari Sumbangsih telah
berjaya membuat kutipan yang tinggi hasil kecekapannya sebagai pengerusi.
e. Merendah diri. Dia tidak berasa malu
untuk berniaga burger sungguhpun dia berasal dari keluarga yang agak berada.
f. Mempunyai hubungan yang istimewa
dengan Tengku Murni. Diari Tengku Murni yang dibaca oleh AH mengesahkan
hubungan mereka.
Datuk Tengku Makmur
a. Suami Datin Maziah.
b. Mempunyai dua orang isteri.
c. Angkuh.
Dia menilai pertolongan yang diberikan
oleh AH berdasarkan pertimbangan wang
ringgit
semata-mata.
e.
Berpegang teguh pada janji.
Buktinya selama 16 tahun beliau dan Datin Maziah mencari AH namun tidak
berjumpa. Tujuannya untuk menunaikan janji mereka untuk memelihara AH.
Kumpulan
Watak Novel Azfa Hanani
a. Keluarga Datuk Tengku Makmur
·
Datin Maziah
·
Tengku Mursyadad
·
Tengku Mizran
·
Tengku Mazran
·
Tengku Muzaffar
·
Tengku Murni
·
Syafinaz / Kak Finaz
b. Keluarga Pak
Long atau Pak Madi
·
Mak Long atau Mak Diah
·
Zuraini
·
Zurina
·
Zahir
·
Zahidin
c. Rakan-rakan
sebaya
·
Falini, Aini, Kamilah, Nordin,
Rozlan – rakan di Sekolah Menengah Dian.
·
Tengku Ellina, Suzana, Adriani,
Ekran – rakan di Sekolah Menengah Taman Sari.
·
Fazlina, Adlan, Fuad – kumpulan
Forum Remaja.
·
Iskandar – pemuda mata keranjang.
·
Laili, Syafikah, Fuziana –
kumpulan Budak Glamor.
d. Guru-guru
·
Cikgu Sofea, Cikgu Zamin, Cikgu
Habib – guru Sekolah Menengah Sri Dian.
·
Cikgu Ramzan, Cikgu Sani, Cikgu
Zamri – guru Sekolah Menengah Taman Sari.
e. Kumpulan
pembantu
·
Pak Haji Arshad – bapa Nordin,
Ketua Kampung Merpati.
·
Mak Hajjah Kiah – ibu Nordin
·
Norman
·
Syarifah Rozan
LATAR
Latar Tempat
1. Di makmal kimia. Di sinilah Azfa Hanani bimbang kerana mengesyaki
perbuatannya ‘mencuri’ buku-buku rujukan dari perpustakaan terbongkar.
2. Di bilik pengetua. Azfa Hanani bertemu buat kali yang pertama dengan
Tengku Mazran dan Kak Finaz.
3. Di rumah pak long. Tempat Azfa Hanani dibesarkan.
4. Di Hotek Universe. Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz
tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan lain-lain lagi.
5. Di banglo kepunyaan Datin Maziah. Tempat tinggal Azfa Hanani.
3. Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan yang diadakan oleh
pelajar-pelajar Tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih
yang akan diadakan.
4. Di Institut Lingua Franca. Tempat di mana Azfa Hanani belajar bahasa
Inggeris dan Bahasa Jepun.
5. Di rumah Tengku Ellina. Azfa Hanani dan para pelajar yang lain berlatih
dan berbincang tentang pertandingan Forum Remaja.
6. Di dusun Pak Haji Arshad. Datuk Tengku Makmur sekeluarga datang menemui
Azfa Hanani.
Latar Masa
1. Latar masa novel ini mengambil masa beberapa bulan sahaja iaitu semasa
Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan
persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari.
2. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang, petang dan malam.
Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar pada waktu pagi . Waktu
petang pula adalah ketika Datin Maziah mengadakan sambutan hari jadi Azfa
Hanani yang ke-17. Latar malam ketika Azfa Hanani membaca dan mengkaji diari
Tengku Murni.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat
yang sanggup berkorban dengan tujuan
membantu orang lain.
Contohnya, Azfa Hanani yang
sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk
menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa.
2. Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya,
sungguhpun kehidupan pak long sekeluarga susah, namun mereka kaya dengan kasih
sayang.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab.Contohnya,
sikap Azfa Hanani yang melaksanakan tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih
yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang sekali.
4. Masyarakat elit yang bongkak dan sombong
kerana statusnya. Contohnya, Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan
menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin dengan mencampakkan
wang ke atas katil sebagai upah menyamar.
5. Masyarakat pelajar. Contohnya, masyarakat
pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajaran
di Tingkatan 5 Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah
Taman Sari yang sibuk menjayakan Hari Sumbangsih.
6. Masyarakat yang berpegang kepada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya
membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit
lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia .
PLOT
-
Plot ialah jalan cerita iaitu
rentetan peristiwa yang ada sebab dan akibat.
-
Plot novel ini disusun secara
kronologi iaitu mengikut urutan masa.
Permulaan cerita.


Perkembangan.






Klimaks/Puncak
Cerita



Peleraian
Cerita







Teknik Plot
Teknik plot atau
teknik penceritaan ialah cara pengarang mengolah ceritanya supaya menarik dan
berkesan.
1. Teknik Pemerian / huraian / deskriptif.
-
Teknik ini digunakan oleh
pengarang untuk menjelaskan sesuatu keadaan, situasi atau perasaan. Contohnya,
pengarang memerikan suasana pembelajaran di Makmal Kimia.
2. Teknik dialog.
-
Untuk menjadikan sesebuah cerita
lebih realistik, pertuturan antara watak digunakan. Contohnya, Azfa Hanani
berdialog dengan Kak Finaz.
3. Teknik Monolog dalaman.
-
Watak berkata-kata di dalam hati
atau berfikir tentang sesuatu perkara. Contohnya, Azfa Hanani bermonolog
dalaman setelah dia terasa tersindir dengan kata-kata Kamilah.
4. Teknik Imbas Kembali
-
Ingatan sesuatu watak terhadap
peristiwa, kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Contohnya,
Kisah Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya diceritakan oleh Tengku
Mazran.
5. Teknik Suspen.
-
Unsur suspen dapat mengundang
minat pembaca untuk menghabiskan bacaan
bagi mengetahui kisah seterusnya. Contohnya, Ekran telah meninggalkan Azfa
Hanani ketika di Dewan Sri Wawasan ketika mereka melawat pameran buku Pesta
Buku Alam Malaysia dan kisah gerai burger Ekran dibakar.
6. Teknik Kejutan.
-
Pengarang menerapkan unsur kejutan
untuk mewujudkan suasana pembacaan yang menarik. Contohnya, Azfa Hanani
terkejut apabila melihat pak long dan Zuraini yang telah sembuh daripada
penyakit lumpuh berbual dengan Datuk Tengku Makmur.
1. Peribahasa – hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. (194) dan sambil menyelam
minum air (173)
2. Personifikasi – biarpun dadaku dikocak debar
yang bukan kepalang hebatnya...(45)
...kerana
perasaan tertarik itu acap kali hadir tanpa disedari...(151)
3. Simile – macam rusa masuk kampung, bagai aur
dengan tebing, umpama gajah putih (37).
4. Metafora – arus lamunan (107), putik-putik
kedewasaan (151), takhta hati (152)
5. Sinkope – “Agaknya, orang tu
tak
dapat cari nombor PIN.” (63) “Sikit-sikit tu, fahamlah. Cuma, nak
menjawab tu yang susah,” ujarku....(54)
6. Penggunaan bahasa Arab – keadaan akan berubah
tetapi mereka akan terus kuhubungi, insya-Allah. (43)
7. Penggunaan perkataan bahasa Perancis – “merci
beau coup”. (98)
8. Paradoks - ...gadis malang
yatim piatu ini mahu diangkat menjadi anak emas sebuah keluarga hartawan (20),
bahawa kedua-dua orang tuanya bekerja sebagai pensyarah di Universiti
Kebangsaan Malaysia .
Dia bukannya berasal dari keluarga yang miskin. (213)
NILAI
1. Hormat-menghormati – Abang Mazran dan kak
finaz menghormati pak long dan mak long walaupun mereka berketurunan bangsawan.
2. Kasih sayang – Bapa saudara Azfa Hanani yang
dipanggil pak long sanggup menjaganya dari kecil selepas kematian ayah dan ibu
Azfa Hanani.
3. Tanggungjawab – Azfa Hanani sanggup menyamar
sebagai Tengku Murni demi memulihkan tekanan perasaan yang dihadapi oleh datin
Maziah.
4. Kesyukuran – walaupun sebelum ini Azfa Hanani
tinggal di rumah mewah milik Datin Maziah, namun dia masih gembira walaupun
kembali tinggal di rumah pak longnya.
5. Baik hati – Azfa Hanani memaafkan kesalahan
Syafikah dan Fuziana dan dia sedikit pun tidak mendendami mereka.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah memberikan pertolongan kepada
yang memerlukan. Azfa Hanani sanggup membantu Kak Finaz dan Abang Mazran dengan
menyamar sebagai tengku Murni.
2. Kita hendaklah menerima takdir yang menimpa
dengan reda. Azfa Hanani reda menerima takdir bahawa kematian ayah dan ibunya
dalam kemalangan disebabkan oleh Datuk Tengku Makmur.
3. Kita hendaklah bersikap rendah diri terhadap
orang lain walaupun berasal daripada keluarga berada. Walaupun Tengku Murni
anak orang kaya, tetapi dia tidak sombong dengan rakan-rakannya yang lain.
4. Seseorang yang pernah melakukan kesilapan
mestilah mengakui kesilapannya. Datuk Tengku Makmur meminta maaf dan mengakui
kesilapannya sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani.
5. Kita hendaklah bersimpati terhadap kesusahan
orang lain walaupun kita telah hidup senang. Azfa Hanani teringatkan keadaan
pak long, mak long, dan sepupu-sepupunya semasa dia melihat lauk-pauk yang
lazat dihidangkan kepadanya.
6. Kita perlu menjaga maruah diri setiap masa.
Azfa Hanani menolak pelawaan lelaki yang tidak dikenalinya itu yang mahu
menghantarnya pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment