Tuesday 13 August 2013

Latihan Karangan


Pemerdagangan orang telah menimbulkan  pelbagai implikasi kepada masyarakat dan  negara.
Bincangkan usaha-usaha untuk membendung masalah tersebut supaya tidak mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Isu :
                        Kehendak Soalan :
                        Format / Kata Kunci :

P1 – Pendahuluan (                           ):
- PR : Ayam ditambat disambar helang, padi di  tangan tumbuh lalang. (Malang/nasib yang buruk.)
- LB : Pemerdagangan orang kebanyakannya melibatkan mangsa yang 80 peratus terdiri daripada wanita dan kanak-kanak - untuk tujuan pelacuran, buruh paksa dan  tujuan lain tidak elok - membawa masalah sosial
- PA: Kementerian Dalam Negeri melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan sebagai usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras jenayah berkenaan.
- IS :  Malaysia dikaitkan sebagai negara transit pemerdagangan orang di peringkat antarabangsa
-D : Pemerdagangan orang bermaksud perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi
- KS : (Persoalannya / Sebenarnya / Sesungguhnya / Ironisnya,..)


P2- Isi 1(                                    ):
- I.U : (Dominan / Signifikan) - Undang-Undang Antipemerdagangan Orang
- H : (Oleh hal yang demikian) – denda yang tinggi untuk menakutkan individu atau sindiket terbabit,
- C/B : ( Sebagai contoh) -  kadar denda dinaikkan kepada minimum RM500,000 hingga maksimum RM1 juta. Dalam akta 2007, dendanya hanya minimum RM50,000 hingga maksimum RM500,000
- UN : Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
- PR : Asal ditugal, adalah benih. (Sesuatu usaha tentu ada hasilnya).
- KK : ( Lantaran itu)

P3 - Isi 2 (                                ):
- I.U : (Selain itu) -  kerajaan  mewujudkan lebih banyak pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak mengikut zon
- H : (Sehubungan dengan itu) - Pemerdagangan orang membabitkan dua komponen iaitu penjenayah dan mangsa –perlindungan kepada -penyelesaian selepas  berlaku.
- C/B : (contohnya) -- Sekarang ini negara kita ada tiga tempat perlindungan iaitu sebuah untuk wanita dan dua buah untuk kanak-kanak. Sehingga kini lebih daripada 400 wanita dan 44 kanak-kanak diselamatkan dan diletakkan di sini dan daripada jumlah itu seramai 159 wanita dikenalpasti sebagai mangsa.
 - UN :  teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya pula adalah jahil
- PR : bagai kerakap tumbuh di batu. (Hidup dalam kesusahan).
 - KK : (Jelaslah bahawa)

P4- Isi 3 (                                    ):
- I.U : (Usaha yang ditelusuri seterusnya) - menghapuskan kemudahan visa semasa ketibaan (VOA) kerana terdapat kes penyalahgunaan dalam kalangan pelancong dari negara yang layak.
- H : (Hal ini demikian kerana) -   Kebanyakan mangsa masuk ke negara ini secara sah sebagai pelancong tetapi kemudiannya menjadi sasaran sindiket pemerdagangan orang sehingga menyebabkan anggota penguatkuasa menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti mangsa
C/B : (misalnya) - Banyak negara yang  telah ditarik balik kemudahan VOA kerana menyalahgunakan kemudahan yang diberi
- UN : tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.  / Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat.
- PR : Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. (Pergaulan dalam masyarakat hendaklah bersesuaian dengan adat dan peraturan)
- KK : (Sudah terang lagi bersuluh bahawa)

P5- Isi 4 (                                        ):
- I.U : ( Sementelahan) - mendidik masyarakat tentang seriusnya jenayah ini dan kesan negatif kegiatan itu  atas mereka,.
- H : ( Hal ini kerana) -  .Kurang kerjasama dan penyampaian maklumat daripada orang ramai dan mangsa juga menjadi masalah kepada kita untuk membanteras jenayah ini.
- C/B : (tamsilnya) - Terdapat jsituasi sindiket antarabangsa yang mengancam mangsa hingga menyebabkan mangsa takut membuat laporan.
- UN : Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).
- PR : Cari umbut kena buku (Mencari yang baik tetapi dapat yang tidak baik.)
- KK : (Terbuktilah sudah bahawa)


P6- Isi 5 (                                               ):
- I.U : ( Usaha seterusnya) – Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan
- H : ( Hal ini disebabkan) -  menetapkan hala tuju dan fokus dalam usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang, yang dirangka bagi tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015. - usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras jenayah berkenaan mengandungi lima garis panduan yang antaranya menekankan kepada tindakan kerajaan menangani masalah itu, penyertaan masyarakat, layanan berasaskan hak asasi kepada mangsa, dan koordinasi antara agensi kerajaan berkaitan serta  badan-badan antarabangsa.
- C/B : (Hal ini terbukti )-  kerajaan telah melaksanakan mekanisme dalaman bagi membendung jenayah ini, namun ketidakupayaan dan kelemahan yang serius di negara asal untuk mencegah atau mendidik rakyat mereka mengenai risiko pemerdagangan manusia menyebabkan mangsa mudah diperdaya pihak sindiket.
- UN : Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.
- PR : Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan (Mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu lagi)
- KK : (Oleh itu)

P7- Penutup (                                        ):
- KM : (Deduksinya) - Tahap kerjasama antara orang awam dengan agensi penguatkuasa masih perlu dipertingkatkan kerana kerjasama ini amat penting untuk menangani jenayah pemerdagangan orang,
- PD : ( Namun begitu) -   kerajaan Malaysia juga bersama-sama masyarakat antarabangsa ingin menyekat aktiviti pemerdagangan orang daripada berleluasa.
- HR : ( Sesungguhnya) -   kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dan masalah dalam menangani jenayah pemerdagangan manusia kerana  jenayah ini kompleks dan melibatkan jenayah rentas sempadan, selain mempunyai hubung kait dengan jenayah lain seperti pelacuran, sindiket dadah dan pengubahan wang haram.
- PR : Api kecil baik dipadam. (Basmilah kejahatan itu semasa  masih kecil )
- UN : Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya.


No comments:

Post a Comment