Pages

Enjin Carian

Tuesday, 6 August 2013

Ayat Aktif/ Ayat Pasif


A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif -  “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “objek” terletak di belakang (sebagai predikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. [Ali ialah subjek (di depan) dan ikan ialah objek]

B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif - ‘objek’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai predikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku ganti nama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :
i.  Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:

1. Ayat Aktif : Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
    Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa     saudara saya.

2. Ayat Aktif : Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana  sekolahnya.
   Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya  sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.

3. Ayat Aktif : Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan  atas pesakit tersebut.
    Ayat pasif : Pembedahan  atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.

4. Ayat Aktif : Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
    Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Ayat Aktif : Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
    Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.


No comments:

Post a Comment