PENGGUNAAN KOSA KATA DALAM KARANGAN:
PETIKAN 1:
Pascakemerdekaan negaraMalaysia telah
menyaksikan pertumbuhan yang pesat, rancak dan drastik dalam rencaman bidang
perdana dan dominan. Dalam menongkah, meniti dan menelusuri arus deras
modenisasi dan globalisasi yang menerjah negara, negara kita telah banyak
mengalami anjakan paradigma daripada sebauh negara mundur kepada sebuah negara
maju. Pada zaman atom ini, negara kita telah berusaha gigih bagi lebah
menghimpun madu untuk menempa kejayaan serta mendukung, melestarikan dan
merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 agar dapat berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan negara atas angin dan gergasi di persada mayapada. Sebagai
seorang rakyat yang cinta akan ibu pertiwi kita, memang tidak dapat
disangkalkan bahawa kita memainkan peranan yang vital, signifikan dan mustahak
dalam proses pembangunan negara. Persoalannya, sanggupkan kita melihat negara
kita terus berada pada takuk lama tanpa berikhtiar dan berikrar untuk
memperkasakan kemajuan negara? Apakah peranan setiap rakyat dalam proses
pembangunan untuk mengemudi negara kita ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan
keterbilangan? Jauhari jua yang mengenal manikam.
Tepuk dada tanyalah selera.
Pascakemerdekaan negara
PETIKAN 2:
Salah satu cara untuk
membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi
keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang
rapat dengan remaja. Sehubungan dengan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan
kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati
remaja. Selain
itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah
kerana rumah
merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk
pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah
untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti
bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah
menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi
masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya
memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk
memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat
dibendung. Oleh
itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu
cara bagi membendung kemelut sosial remaja.
No comments:
Post a Comment