Tuesday, 6 August 2013

Ulang Kaji Novel Azfa Hanani

PERBANDINGAN NOVEL AZFA HANANI DENGAN KEMBARA AMIRA
ASPEK
KEMBARA AMIRA
AZFA HANANI

TEMA
Pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. - Amira menghabiskan cuti persekolahannya dengan menyertai ibunya iaitu Profesor Zaidah dalam ekspedisi menjejak kewujudan tamadun manusia silam. Dalam pengembaraan tersebut juga, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkaikan konflik keluarga dan sejarah tragis keluarga Tau.


- Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni.Kesanggupannya juga membolehkan sepupunya iaitu Zuraini mendapat rawatan bagi penyakit lumpuhnya sebagai balasan. Azfa Hanani juga sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Azfa Hanani juga sedar bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.
PERSOALAN
Persoalan tentang Kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. - Aktiviti pembalakan yang dijalankan di kawasan persekitaran Bukit Mat Raya dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas telah menyebabkan air sungai bertukar warna dan tidak sesuai untuk digunakan.

Persoalan tentang Konflik keluarga. -Tau tidak dapat menerima kenyataan apabila isterinya, Ipah melarikan diri bersama-sama Johnny dan anaknya iaitu Sabi dengan meninggalkannya bersama dengan anak yang baru dilahirkan. Perasaan Tau tertekan dan dia hidup menyendiri di dalam hutan.

Persoalan tentang Ilmu perubatan tradisional / alternatif. -Ludin menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Profesor Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.



-Tengku Datuk Makmur dan Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan atasan dan memandang rendah terhadap Azfa Hanani yang berasal dari kampung dan hidup miskin.




- Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar agar dapat menjamin masa depan keluarga dan hidupnya.Setelah dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih bersikap optimis dan tidak berputus asa.


- Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni/ Azfa Hanani.
WATAK
UTAMA
AMIRA
- Seorang pelajar sekolah
-Anak kepada profesor Zaidah dan seorang jurutera komputer sebuah syarikat multinasional.
-        -Seorang yang berani - Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
-Seorang yang penyayang - Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan
-        -Seorang yang mudah mesra - Amira mudah menyesuaikan diri bersama-sama pelajar ibunya yang terlibat dengan kajian arkeologi.
-Seorang yang penyabar - Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi
AZFA HANANI
-Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam tingkatan lima Kenanga  di Sekolah Menengah Seri Dian.
-Dibesarkan oleh Pak Longnya kerana kedua- dua ibu bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan.
-Seorang yang …………….. -setiap hari dia berulang- alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 km dengan menggunakan  bas sekolah.
-Seorang yang …………… - dia memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
-……………………………. - Dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar di sekolah barunya, iaitu Sekolah Menengah Taman Sari.
-Seorang yang …………………………….- dia tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang diambil dari perpustakaan sekolah lamanya walaupun dia telah berpindah .
WATAK
SAMPINGAN
-        JACINTA
-Anak seorang ahli perniagaan yang tinggal di Pulau Pinang.
-Rakan karib kepada Amira dan telah kematian ibunya 4 tahun yang lalu.
-Seorang yang memendam rasa - Jacinta tidak berpuas hati dengan ayahnya yang berkahwin lain tetapi Jacinta tidak cuba untuk berterus terang.
-Seorang yang sensitif -Jacinta cepat merajuk apabila isu keluarganya diungkit.
-Seorang yang keras hati - dia sanggup tinggal di asrama semata-mata tidak mahu berjumpa ibu tirinya.
TENGKU MAZRAN
-Anak ketiga Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
-Isterinya bernama Syafinaz
-Seorang anak yang …………………………… - dia berusaha untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari penawar iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.
-Seorang yang ………………………. - dia sentiasanmengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani.
-Seorang yang ………………………… -  dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang berasal daripada golongan elit.

PLOT
PERMULAAN / EKSPOSISI - Dimulakan dengan watak Amira bersama-sama Jacinta yang dalam perjalanan dengan menaiki keretapi ke Bukit Mat Raya un tuk menghabiskan cuti mereka bersama-sama Profesor Zaidah iaitu ibu Amira untuk menyertai ekspedisi menjejaki kewujudan tamadun awal manusia.

PERKEMBANGAN - Semasa menunggu kedatangan Malique di Air Terjun Angin, Amira tergelincir dan jatuh dan dihanyutkan arus deras. Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau, orang Asli Semai. Malique pula hilang apabila keretanya tergelincir ke dalam sungai semasa gerakan mencari salah seorang pekerja O'Hara yang hilang.Tau bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah dalam usahanya menjejak kewujudan tamadun awal manusia

KLIMAKS - Pelajar-pelajar yang diketuai oleh Dr.Zawawi menjumpai Gunung Gua Gajah yang mengandungi artifak seperti kapak dan tulisan zaman purba di dinding yang sangat berharga . Amira dan Itai bertembung dengan makhluk berbulu dalam usaha menyelamatkan Malique.

PELERAIAN - Akhirnya terbongkar bahawa makhluk berbulu itu ialah Tau.Jennifer mengaku bahawa dia ialah Ipah, isteri Tau manakala Malique ialah Sabi iaitu anak Tau dan abang kepada Itai.
PERMULAAN / EKSPOSISI - Cerita bermula dengan watak Azfa Hanani yang dalam kebimbangan setelah pihak sekolah sudah mengenal pasti orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan. Memandangkan wajahnya mirip Tengku Murni, Azfa Hanani dipanggil ke bilik pengetua.

PERKEMBANGAN - Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Azfa Hanani dipindahkan ke Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ dia mula berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang terdiri daripada Tengku Ellina, Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terpilih sebagai peserta dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya.

KLIMAKS - Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffar menjadi penghalang perhubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.Tengku Muzaffar turut menghalang persahabatan antara Azfa Hanani dengan Ekran. Berlakulah pertengkaran antara kedua-duanya sehingga mendatangkan kemarahan kepada Datin Maziah yang terdengar pertengkaran tersebut lalu beliau terasa tertipu.Azfa Hanani ditampar dan dihalau dari rumah.

PELERAIAN -Datuk Tengku Makmur mengaku telah melanggar teksi yang dinaiki keluarga Azfa Hanani sehingga mengorbankan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani. Azfa Hanani dipujuk supaya kembali ke banglo Datuk Tengku Makmur dan menjadi dirinya yang sebenar. Azfa Hanani juga muncul sebagai pengerusi terbaik Forum

TEKNIK PLOT

……………………. - Pengarang menceritakan secara terperinci keadaan stesen Dahan Hijau yang merupakan sebuah bangunan kayu yang mempunyai sebuah kaunter pelbagai, bilik pengurusan dan perhubungan serta sebuah stor barang.

………………… - Perbualan antara Profesor Zaidah dengan Rusdi berkaitan dengan tali khemah yang putus semasa hujan lebat

……………………………….. - Jennifer teringat kembali zaman silamnya apabila dia tidak diterima oleh masyarakat orang Asli Semai kerana berambut perang dan bermata biru

…………………….. - Kehilangan Malique menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Pembaca juga tertanya-tanya tentang penemuan 'mobile disk' milik Malique dan sebab peranti tersebut berada di dalam Gunung Gua Gajah.

……………………… - Pembaca dan watak Amira tidak menyangka selain terkejut apabila mendapat tahu bahawa Itai dan Malique merupakan anak kandung Itai.

……………………… - Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin Maziah. Dia berkeadaan seperti rusa masuk kampong ketika melihatkan kemewahan banglo tersebut yang jauh berbeza dengan rumah Pak Longnya di kampung.

………………. - Perbualan antara Ekran dengan Azfa Hanani tentang kebakaran yang berlaku di gerai burger Ekran.

……………………………… -Azfa Hanani teringat kembali akan keluarga Pak Longnya yang tinggal di kampung semasa menikmati makanan lazat terutamanya ayam goreng.

………………………- Ketika Syafinaz memberitahu bahawa Datin Maziah telah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin maziah pembaca tertanya-tanya tentang reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.

……………………. - Pembaca dan watak Azfa Hanani tidak menyangka bahawa Datuk Tengku Makmur merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kemalangan maut yang menimpa ibu bapa Azfa Hanani 16 tahun yang lalu.


LATAR
TEMPAT

BUKIT MAT RAYA - Kawasan hutan yang menjadi tempat pembalakan dan tempat kajian arkeologi yang dilakukan oleh Profesor Zaidah dan pelajar universiti tahun akhir.

STESEN DAHAN HIJAU - Menjadi tempat persinggahan Amira, Jacinta,Malique dan John O'Hara sebelum ke Bukit Mat Raya.
AIR TERJUN ANGIN - Tempat pertemuan Malique dan Amira dan di sinilah Amira hampIr lemas dihanyutkan arus deras.
GUNUNG GUA GAJAH - Tempat Tau menunjukkan lakaran dinding gua yang dibuat oleh manusia zaman Neolitik. Di sini juga Rusdi menemukan kapak batu.




……………………………………... - Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara-cara Tengku Murni makan, bercakap dan lain-lain.
……………………………………………………… - Tempat pertemuan Azfa Hanani dengan Tengku Mazran dan Kak Syafinaz buat pertama kali.
…………………………………………………….. -  Azfa Hanani menetap dan menyamar sebagai Tengku Murni
…………………………………………………….. - Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakaan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu.
…………………………………………….. - Azfa Hanani dan pelajar-pelajar lain berlatih dan berbincang tentang pertandingan Forum Remaja.


       LATAR
MASA

PUKUL 7.30 PAGI - Amira dan Jacinta sampai di Stesen Dahan Hijau dan menunggu Pak Lias untuk menjemput mereka ke tapak ekspedisi arkeologi kelolaan Profesor Zaidah di Bukit Mat Raya

WAKTU MALAM - Tau mengawasi kawasan sekitar Desa Karpus sambil menghisap rokok kretek

TAHUN 2002 -  Itai yang menyertai Pameran Saintis Muda mewakili negerinya  berjaya mendapat tempat kedua dalam bahagian perubatan herba

WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN - Itai berguru dengan Tau tentang selok-belok kehidupan di hutan. Amira dan Jacinta mengikuti aktiviti Profesor Zaidah untuk melakukan kajian arkeologi


……………………………. - Azfa Hanani membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawapan dalang yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni

…………………………….. -  Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa  Hanani/ Tengku Murni yang ke-17

…………………………………….. - Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah di Sekolah Menebagah Taman Sari

LATAR
MASYARAKAT

MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN ALAM SEKITAR - Profesor Zaidah percaya bahawa kawasan hutan di Bukit Mat Raya dapat diselamatkan jika dia berjaya membuktikan bahawa kawasan tersebut ialah tapak warisan negara.
MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN ILMU - Amira Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa,Jacinta pula dalam bidang fesyen di Paris manakala Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI - John O'Hara tidak peduli dengan pencerobohan hutan yang berlaku asalkan dia dibayar upah yang lumayan oleh syarikat perlombongan emas
MASYARAKAT YANG TOLONG-MENOLONG - Roslan dan pak Lias membantu Amira, Jacinta dan Itai mencari Malique yang hilang. Ludin, Tok Batin orang Asli membantu Profesor Zaidah yang cedera akibat kemalangan.

…………………………………………………….. - Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin, turut mencampakkan wang ke atas katil sebagai upah penyamaran Azfa Hanani.

……………………………………………………… - Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

…………………………………………………….. - Azfa Hanani sanggup menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk membantu Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa setelah kematian anak gadis tunggalnya iaitu Tengku Murni.

……………………………………………………. - Sungguhpun keluarga pak Long hidup susah namun mereka kaya dengan kasih sayang

GAYA
BAHASA

…………….. - PENGGUNAAN BAHASA ASING IAITU BAHASA INGGERIS - Mobile disk, password, notebook

…………………….. - Dia bagai ensiklopedia bergerak / Masih tidur seperti orang mati

………………………… - Mesin yang yang sentiasa mengaum membaham batang-batang pokok
…………………….. - Biar nyawa galang gantinya

…………………….. - Pintu ilmu, batas kemelut

…………………….. - Mereka bagaikan kembar / Umpama gajah putih

………………………. - .di dalam bas yang memecut laju...
………………. – PENGGUNAAN PERIBAHASA -  Bagaikan aur dengan tebing / Sambil menyelam minum air
NILAI

NILAI KASIH SAYANG - Profesor Zaidah amat menyayangi Amira dan mengajak Amira bercuti bersama-samanya.
NILAI CINTA AKAN ALAM SEKITAR - Malique sanggup mencipta virus sendiri semata-mata untuk menggagalkan projek pencarian emas John O'Hara yang boleh memusnahkan alam sekitar.
NILAI AMANAH - Amira bersikap amanah apabila menyimpan rahsia kedudukan emas seperti yang ditunjukkan oleh Itai kerana sudah berjanji dengan Itai.
NILAI TOLONG-MENOLONG - Ludin menolong mengubati tangan Profesor Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama-sama Pak Lias


NILAI ……………………………………. - Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni /Azfa Hanani sehingga tidak membenarkan anaknya menaiki bas ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.
NILAI ………………………………. - Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya .
NILAI …………………………… - Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin gigih dan tekun belajar demi masa depannya dengan tidak menjadikan faktor kemiskinan sebagai alasan untuk tidak meneruskan persekolahannya.
NILAI …………………………….. - Tengku Mazran dan Kak Finaz sangat prihatin tentang keperluan Azfa Hanani sepanjang tinggal di rumah ibu mereka, Datin maziah

PENGAJARAN

Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan - Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas John O'hara yang boleh memusnahkan hutan.

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita - Profesor Zaidah yang amat menyayangi anaknya iaitu Amira selalu mengajak Amira bercuti bersama-samanya


Kita hendaklah bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat - Walaupun Amira yang menemukan artifak teko lama tetapi dia mengisytiharkan bahawa penemuan itu merupakan penemuan bersama.


Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan - Walaupun Tau tidak suka akan kehadiran orang asing ke perkampungannya namun dia tetap membantu untuk menyelamatkan Jacinta yang tersesat di hutan ketika menjejaki Amira yang dihanyutkan arus deras.

……………………………………………………..

 - Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.


………………………………………………………

.  Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.


………………………………………………………….

- Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit


…………………………………………………………

 - Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.


…………………………………………………………..

 -  Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya merupakan golongan yang elit dan berada.


…………………………………………………………….

- Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah.



No comments:

Post a Comment