PROSA TRADISIONAL:
Prosa Tradisional
|
Sinopsis
|
Tema / Persoalan
|
Nilai
|
Hikayat
Langlang Buana
|
Menampilkan seorang wira yang dalam
pengembaraan mencari seseorang atau sesuatu.
Prosa juga mengemukakan watak wira yang serba boleh, Raja Indera Bumaya mampu bertukar-tukar
rupa untuk mendekati puteri yang dihajatinya.
Baginda juga mampu menyeru jin untuk membantunya berperang. Pembaca turut dihidangkan dengan penggunaan pantun dalam
berkomunikasi bagi menyampaikan hasrat dan hajat. Pantun ini mengandungi makna yang mendalam.
|
- Kebijaksanaan dan
kehebatan anak raja yang mempunyai kuasa luar biasa dalam usahanya menakluki
hati puteri idamannya
- kesungguhan dalam
mendapatkan sesuatu yang diidamkan
- kebijaksanaan dalam
menggunakan akal fikiran untuk memperoleh sesuatu yang dihajati
- sikap manusia yang
berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang
- taat setia rakyat yang tidak berbelah
bahagi terhadap pemerintah
|
·
Hormat-menghormati
·
Setia
·
Berani
·
Kasih sayang
·
Kegigihan
·
Tanggungjawab
|
Hikayat Siak
|
Penulis menghidangkan kisah waris
Marhum Mangkat Dijulang, iaitu Tuan Bujang.
Dalam mempertahankan haknya, Tuan Kecik telah pergi ke Mengkalis dan
orang Minangkabau yang berada di sana telah menjunjung duli dan memberi taat
setia kepadanya. Raja Kecik
kemudiannya telah berpakat dengan Raja Bugis untuk menyerang Johor. Setelah berjayamenawan kembali Johor, Raja
Kecik telah diduga dengan permintaan rakyatnya di sana untuk menawarkan air
yang masin bagi membuktikan kesahihan bahawa baginda benar-benar merupakan
waris Marhum Mangkat Dijulang. Dengan
kejayaan baginda menghadapi dugaan itu, akhirnya baginda ditabalkan sebagai
Yang Dipertuan Besar Raja Johor
|
- keistimewaan
keturunan raja yang berdaulat yang menuntut bela atas kematian ayahandanya
dan merampas semula takhta kerajaan miliknya
- kehebatan kuasa
daulat yang dimiliki oleh pewaris raja yang sebenar
- kebijaksanaan
mengatur strategi perang dan menggunakan akal fikiran
- taat setia rakyat
yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah
- melakukan sesuatu
tindakan secara terburu-buru tanpa mengawal hawa nafsu
|
·
Kasih sayang
·
Nasihat-menasihati
·
Bijaksana
·
Berani
·
Muafakat
·
Kegigihan
·
Kesetiaan
·
Tanggungjawab
|
Dua Geliga
Hikmat
|
Menampilkan wira yang dalam
pengembaraan mencari seseorang atau sesuatu dan engemukakan watak wira yang
serba boleh. Watak Inderaputera
digambarkan lebih realistik. Watak ini
menggunakan akalnya dan kekuatan yang ada padanya sebagai manusia untuk
berdepan dan menewaskan jentera yang berupa haiwan yang menjaga istana puteri
kayangan yang memiliki geliga hikmat..
|
·
Keberanian, kegagahan, keperkasaan dan kehebatan seorang lelaki yang tiada tolok
bandingnya
·
Tipu muslihat untuk memenuhi hajat di hati
·
Cabaran dalam
kehidupan yang perlu dihadapi dengan berani dan bijaksana
·
Kebijaksanaan bertindak dan berfikir menyelesaikan
masalah
·
Membantu orang yang mengalami kesusahan
|
·
Kasih sayang
·
Bijaksana
·
Rasional
·
Berani
·
Bantu-membantu
·
Sopan santun
|
Hikayat Opu
Daeng Menambun
|
Kisah Opu Daeng Lima Bersaudara yang
berjaya meluaskan pengaruh dan pemerintahan mereka di Tanah Melayu. Keupayaan mereka diperakui oleh raja-raja
Melayu di Nusantaraa ini. Mereka
sering meminta bantuan daripada Opu Daeng Lima Bersaudara semasa mereka
berada dalam kesusahan. Sebagai
balasan, Opu Daeng Lima Bersaudara diberi jawatan tertinggi dalam kerajaan
dan ada juga yang mengahwinkan anakanda atau saudara mereka kepada
Daeng-daeng tersebut. Daripada kisah
peluasan pemerintahan ini, para pembaca dapat melihat kekuatan ikatan
persaudaraan, keberanian, dan kebijaksanaan mereka merancang untuk meluaskan
pengaruh dan ketuanan mereka di kawasan ini.
Secara keseluruhannya, kisah yang dibawa ini mengandungi nilai-nilai
positif yang perlu diterapkan dalam menjaga hubungan diplomatik dan keutuhan
pemerintahan sesebuah negeri
|
·
Kebijaksanaan, kehebatan dan kepahlawanan lima
bersaudara bagi meluaskan pengaruh dan ketuanan
·
Kesetiaan rakyat terhadap pemerintah
·
Mengembalikan maruah bangsa
·
Perpaduan dan permuafakatan demi menjamin kejayaan
·
Penghargaan terhadap khidmat atau pertolongan yang
diberikan
|
·
Keberanian
·
Muafakat
·
Kasih sayang
·
Kegigihan
·
Perpaduan
|
No comments:
Post a Comment