PERIBAHASA – PERUMPAMAAN
Bagai bersahabat dengan ular Bagai dakwat dengan kertas seperti telur di hujung tanduk
Bagai cacing kepanasan Bagai belut diketil ekornya Bagai bunyi cempedak jatuh
Bagai
diiris dengan sembilu Bagai duri dalam daging Bagai bulan empat belas
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
PENGGUNAAN DALAM AYAT
|
|
Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau
bahaya.
|
Orang yang
ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya kerana mereka boleh
dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka seperti ………………………
|
|
Cepat sekali.
|
Pertandingan acara lumba lari itu dibolot oleh Alice
disebabkan kepantasan lariannya bagai ………………..
|
.
|
Berkawan dengan orang
yang jahat.
|
Ali sudah pandai balik lewat malam dan mengingkari nasihat ibu
bapanya. Sikapnya mula beruabah sejak dia berkawan
dengan remaja di persimpangan kedai itu. Pergaulan Ali ini
bagai …………………. kerana perangai mereka yang jahat itu telah
mempengaruhinya.
|
|
Kecantikan wajah
seorang wanita.
|
Semua pakaian yang digayakan olehnya kelihatan sangat menarik.
Bukan sahaja kerana reka bentuknya yang menarik tetapi juga kecantikan
wajahnya bagai ……………………...
|
.
|
Bunyi jatuh yang
sangat kuat.
|
Mak Timah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh cucunya
menyebabkan dia terjatuh. Badannya yang besar menyebabkan bunyi
jatuhnya sangat kuat bagai …………..
|
|
Tidak tenang, selalu
gelisah (kerana susah, malu dan lain-lain).
|
Berita kemalangan yang menimpa keluarganya mengakibatkan dia
tidak dapat berbuat apa-apa. Keadaannya bagai ………………… menyebabkan orang lain memujuknya
supaya
bersabar.
|
.
|
Tidak pernah
berpisah; sangat cocok.
|
Kebanyakan pelajar menggelar Jessica dengan Sandy bagai …………………. kerana mereka sentiasa bersama sejak
tahun pertama hingga tahun keempat
mereka belajar di situ.
|
No comments:
Post a Comment