Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan
rakyat Malaysia
semakin terhakis.
Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyatMalaysia .
Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat
Peribahasa
Melayu jelas menyatakan bahawa tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu
dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia ,
terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing
sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Budaya “punk” dan “gotic” umpamanya menerapkan unsur
bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan
dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah
yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda masih
bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal
yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk
warisan rakyat Malaysia
supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.
Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Hal ini bertepatan sekali dengan peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita harus menghargai warisan rakyatMalaysia
sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.
Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinangperlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyatMalaysia yang juga amalan nenek
moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk
menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri
dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di muka ibu bapa
kita.
Warisan rakyatMalaysia
memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah busana. Pakaian
tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil
tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan
memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian
tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan
sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya
wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis
tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju
kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan
gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian
tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional kita
dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita
harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian,kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuhsilaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.
Peribahasa “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyatMalaysia . Pada masa lapang, kita bolehlah membawa adik kita bermain wau, congkak,
mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti seperti ini mampu
mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita.
Janganlah kita berasa malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita
bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai
dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek
moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka.
Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyatMalaysia
yang semakin serius haruslah diselamatkan daripada terusmelunturkan sinar
dan kekilatan warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita
yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam
dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti
sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan
yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi
memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan
yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan
demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh!
Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Hal ini bertepatan sekali dengan peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita harus menghargai warisan rakyat
Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinangperlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat
Warisan rakyat
Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian,kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuhsilaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.
Peribahasa “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat
Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat
No comments:
Post a Comment