Peranan
Ibu Bapa Dalam Membentuk Masyarakat Penyayang (Kesan kesalahan yang terdapat dalam karangan ini)
Pada
alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam
kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai
terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun Abdullah Bin
Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat
penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk
membentuk masyarakat penyayang.
Ibu
bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Namun begitu,
terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana,
ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidup dan kekayaan. Oleh itu,
ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada
alaf globalisasi ini. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa
cuti sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangkan tekanan anak-anak
dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Dengan itu, impian ibu bapa atau
negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.
Sejajar
dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak
kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebaliknya,
ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam
didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting
dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya
menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Sebagai misalannya, ibu bapa menggalakkan
anak-anak mengikut kelas fardhu kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan
yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran
yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi.
Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan
pada suatu hari nanti.
Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua
keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang
sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa
sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi
manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibu bapa yang sebegini mampu
melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini.
Seiring
dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada
anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai
buruk, contohnya menjadi penagih dadah,
pencuri, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami
kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada
anak-anak sejak kecil lagi , umpamanya mengamalkan tabiat rajin membaca buku di
hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut
tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam
melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.
Tuntasnya,
semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak
swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk
masyarakat penyayang. Justeru, peribahasa bagai aur dengan tebing hendaklah
diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda sejak
belakangan ini.
No comments:
Post a Comment