Bagai mencurahkan air ke
daun keladi. Begitulah senario yang dapat digambarkan dalam usaha kerajaan
untuk memupuk semangat kebangsaan . Semangat kebangsaan atau nasionalisme
dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri.
Namun kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat
kebangsaan dan menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang
dilahirkan sebelum kemerdekaan.Menurut Perdana Menteri,semangat nasionalisme
dalam kalangan setiap insan di negara kita amat diperlukan agar negara dapat
menjapai kejayaan dipersada antarabangsa dan setaraf dengan negara yang pesat
memebangun bak kata pepatah Melayu 'duduk sama rendah,bediri sama
tegak'. Oleh itu, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen untuk memupuk
semangat nasionalisme. Namun kempen yang diimplementasikan menjadi kurang
ampuh disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak lagi menyanjung prinsip
dimana bumi dipijak ,di situ langit dijunjung. Ironisnya, apakah
punca-punca yang menyebabkan fenomena ini berlaku.
Punca dominan yang ditelusuri melalui kajian dan dianggap signifikan yang
menyebabkan keadaan ini brlaku ialah kurang tersemai nilai nasionalisme
dalam diri mereka kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah
payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah .Hal ini demikian
kerana mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh tokoh
nasionalis kita.generasi muda ini dilahirkan semasa negara kita dalam keadaan
aman damai serta mengalamipertumbuhan ekonomi yang amat pesat . Negara kita
pada zaman pascamoden ini boleh dikatakan berdiri sama tegak, duduk
sama rendah dengan negara-negara yang telah lama mencapaikemerdekaan daripada
kita, tamsilnya Australia, Jepun, Koreadan China. Oleh hal yang demikian,
generasi muda perlu mengharhai pengorbanan tokoh-tokoh nasionalis kita. Sebagai
contoh, Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela dan lain-lain
lagi. Jangan tanya apa yang nagara buat untuk anda, tetapi tanya
apayang anda buat untuk negara. Oleh itu, kemewahan dan kesenangan yang
mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalis
dalam diri mereka.
Selain
itu, sistem pendidikan yang dipraktikan di negara kita kurang memberi penekanan
ke arah melahirkan generasi cinta akan negara. Mengapa dikatakan begitu ?
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah hanya menekankan aspek 3M. Lanjutan
daripada KBSR Kementerian Pelajaran pula melaksanakan pula Kurikulum Bersepadu
pada tahun 1993. Oleh hal yang demikian, kedua-dua kurikulum ini menjurus ke
arah kecemerlangan dalam peperiksaan .Begitu juga untuk mendapat tempat di
sekolah-sekolah yang berprestij seperti Maktab Rendah Sains Mara dan
sekolah-sekolah menengah berasrama penuh menjadikan kelulusan yang cemerlang
sebagai kayu pengukur. Dalam pada itu, mata pelajaran khusus untuk
memebina dan menyemai semangat nasionalis kurang diberi
penekanan. Fenomena ini boleh diibaratkan sebagai sikap remaja yang
alur bertempuh, jalan berturut. Jelaslah bahawa, generasi muda kurang mempunyai
semangat kebangsaan disebabkan oleh sistem pendidikan yang dipraktikan di
negara kita kurang memberi penekanan ke arah generasi yang cinta akan negara.
Sehubungan dengan itu,setiap penyakit tentu ada penawarnya. Oleh
itu Kementerian Pelajaran wajar menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dan
merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara kita.Untuk
mencapai sesuatu yang tinggi, kita perlu memulakan daripada yang
rendah.Oleh hal yang demikian, mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral
perlu diajar kepada para pelajar sejak sekolah rendah lagi kerana melentur
buluh biarlah daripada rebungnya.Kesan daripada sistem
pendidikan menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap
kedua-dua pelajaran tersebut. Sistem pendidikan yang tidak mantap merupakan
satu elemen yang menipiskan nasionalisme dalam kalangan generasi
kini. Sebagai contoh, para pelajar akan didedahkan mata pelajaran
kenegaraan sejak peringkat sekolah rendah dan berterusan hingga keperingkat
pengajian tinggi.Terbukyilah bahawa segala perbuatan kita akan mencorakkan masa
depan generasi kita.
Sementelahan,
media massa baik media bercetak mahupun elektronik memainkan perenan penting ke
arah melahirhan masyarakat yang cinta akan negara. Hal ini kerana modus
operandi yang diambil oleh Kementerian Penerangan untuk menyalurkan bantuan
kepada pengusaha filem berunsurkan penerangan semangat
kebangsaan bertepatan sekali dan patut diberi pujian. Usaha ini dapat
diimplementasikan secara berkesan lagi melalui bantuan orang ramai sekurang-kurangnya
dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu
berjuang untuk mencapai kemerdekaan.Melalui saluran daripada media massa
golongan muda juga dapat melihat dengan lebih dekat keperitan hidup orang
dahulu yang berada di bawah naungan kuasa penjajah. Berpegang pada prinsip
biar mati seperti kutu,jangan mati seperti tuma, stesyen
televisyen perlu menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan
semangat kebangsaan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa media massa memberi
keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negera
sendiri.
Di samping itu, kerajaan perlu
mengimplementasikan kempen diperingkat kebangsaan . Kempen yang
dilancarkan perlu diadakan secara berterusan dan menyeluruh .Hal ini
kerana kempen yang dilancarkan hanya terhad di kawasan bandear sahaja
.Fenomena ini menyebabkan golongan muda di luar bandar kurang mendapat
pendedahan. Sebagai contoh, Kempen Cinta Akan Negara yang dilaksanakan
hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja. Usaha ini dapat dijayajan
lagi dengan membuat iklan melalui brosur dan media
massa. Walaubagaimanapun kerajaan perlu mengadakan pelbagai aktiviti
melalui kempen tersebut sperti ceramah diluar bandar dan pusat
bandar,pertandingan mendeklamasikan sajak dan sebagainya untuk menarik minat
golongan muda. Cendekiawan terkemuka iaitu Ibnu Khaldun bahawa tiada
manusia yang berjaya sampai ke gunung tanpa mendakinya. Oleh itu,kerajaan
perlulah berusaha mengambil modus operandi yang berbeza untuk menjayakan
usaha kerajaan ini bak kata pepatah Melayu 'hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih'. Dengan itu, kerajaan perlulah mengimplementasikan kempen.
Secara tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia
kita perlu melakuksn anjakan paradigmadan bertanggungjawab serta tidak
boleh memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri.
Sesungguhnya masyarakat tidak boleh memandang ringan gejala inidan harus ingat
bahawa pemuda hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan
negara kerana patah tumbuh hilang berganti. Lantaran itu, kita perlulah
melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan
sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.
Ingatlah lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya tetapi Aladdin yang
menggosokannya terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment