Tuesday, 6 August 2013

NOTA PROSA MODEN: TINGKATAN 4



Cerpen
Nilai
Sinopsis
Tema / Persoalan
Ibu dan Ceper
(Shahnon Ahmad)
- Gigih
- Rajin
- Kasih sayang
- Insaf
- Mengenang jasa
       Alam sekitar yang mempunyai kaitan dengan ragam manusia. Kehidupan seorang ibu yang dikaitkan dengan sungai Ceper. Kesukaran hidup yang dialami olehnya digambarkan menerusi liku-liku dan keadaan sungai yang kian tercemar.  Penulis menyamakan ibunya dengan  sungai Ceper. Sungai Ceper membekalkan air untuk aktiviti pertanian manakala ibu penulis bersawah untuk menyara keluarga.  Jika hujan lebat, sungai Ceper akan banjir dan memusnahkan tanaman sehingga menimbulkan kemarahan penduduk kampung. 40 tahun kemudian, ibu penulis meninggal dunia tetapi sungai Ceper tetap wujud namun airnya tidak sederas dan sebersih dahulu. Penulis menganggap sungai tersebut sebenarnya sudah mati.

·       Kepentingan air dalam kehidupan manusia

·       Tanggungjawab
·       Kehidupan masyarakat kampung yang bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian
·       Kesan-kesan banjir dan kemarau panjang
·       Sikap ketua kampung yang tidak bertanggungjawab
·       Pencemaran sungai akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab

Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)
- Gigih
- Kasih sayang
- Tabah
- Ikhlas
- Simpati
- Patriotik
-Mengenang jasa
        Kisah seorang tua yang bercita-cita untuk berkongsi memori hidup dan perjuangannya terhadap bangsa serta negara  kepada anak cucu cicitnya selain penduduk kampung pada majlis hari lahirnya. Pak Itam yang berjuang untuk  bangsa dan negaranya sering dipenjarakan oleh penjajah. Sempena ulang tahunnya yang ke-85, Pak Itam ingin berkongsi pengalamannya sebagai tokoh kemerdekaan dengan penduduk kampung tetapi dia berasa kecewa kerana tidak ramai yang hadir. Akhirnya Pak Itam meninggal dunia ketika bersembahyang.
* Semangat patriotik

* Jasa dan pengorbanan tokoh pejuang yang ingin membebaskan anak bangsa dan negaranya daripada penjajah
* Perpisahan pejuang negara dengan keluarganya
* Sikap masyarakat yang mudah melupakan perjuangan tokoh kemerdekaan
* Amalan bekerjasama untuk menjayakan sesuatu pekerjaan
* Sikap prihatin dan menghormati orang tua
* Menghargai dan mengenang jasa pejuang tanah air
Israk
(Erda Roslan Khairi)
- Kasih sayang
- Insaf
- Bantu-membantu
- Nasihat-menasihati
       Kasih sayang seorang nenek yang tinggal di kampung dengan keegoan seorang cucu yang mendapat pendidikan Inggeris. Adam, isteri dan anaknya iaitu Israk dan Mikraj menziarahi Wah iaitu ibu Adam di kampung. Israk yang dibesarkan di bandar tidak selesa dengan rumah neneknya. Tindakan Israk tersebut melukakan hati neneknya. Semasa bekalan air terputus, Israk mandi di sungai lalu lemas tetapi Wah menyelamatkannya. Israk menyesal dan insaf

# Sikap egostik seorang cucu yang dibesarkan dengan cara hidup moden

# Jati diri
# Keadaan dan cara hidup penduduk di kampung
# Hubungan antara anak dengan ibu yang tinggal di kampung
# Harapan ibu terhadap anak cucu yang tinggal di bandar
Pemain Catur
(Zaharah Nawawi)
- Kasih sayang
- Bantu-membantu
- Menjaga maruah keluarga
       Pengarang menjadikan papan catur sebagai gelanggang perjuangan dan menampikan percaturan kalah menang seseorang  dalam usaha memperoleh sesuatu yang diidamkan dalam kehidupan. Uj dan Um merupakan adik beradik. Pada suatu hari  Uj memberitahu Um tentang kehebatan keturunan mereka dalam permainan catur. Akibat hasutan Uk, Uj mencabar Um berlawan catur di hadapan keluarga mereka. Perlawanan tersebut telah menimbulkan pergaduhan dan  ketegangan antara kedua-duanya sehingga ibu mereka mengalami serangan angin ahmar. Pergaduhan tersebut juga turut memecahbelahkan keluarga mereka apabila sebahagian daripada mereka menyokong Uj manakala ada pula yang memihak kepada Um

@ Perpecahan sesebuah keluarga akibat sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri

@ Sikap mementingkan maruah keluarga
@ Kegigihan dalam mengerjakan sesuatu menjamin kejayaan seseorang
@ Sikap mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa
@ Persoalan moral dalam keluarga
@ Ilmu permainan catur
@ Sejarah permainan catur
Mellisa
(Abdullah Hussain)
- Kasih sayang
- Tolong-menolong
- Bersatu
- Tabah
- Patriotik
       Cerpen tersebut berlatarbelakangkan masyarakat yang pelbagai kaum. Pengarang juga mengimbas kembali peristiwa 13 Mei 1969 dalam novel tersebut.  Mellisa teringat akan pengalamannya bermain bersama dengan Hisyam semasa kecil. Hisyam dan ibunya meninggal dunia akibat rusuhan dalam peristiwa 13 Mei. Mellisa menyertai angkatan tentera kerana ingin berbakti kepada negara.

^ Cinta antara dua budaya

^ Kesan peristiwa 13 Mei 1969 kepada rakyat di negara ini
^ Perasaan cinta sesama manusia bersifat sementara
^ Semangat patriotik dan cinta akan kedamaian
^ Kepentingan perpaduan
Biarkan Samudera
(Raihanah Salleh)


- Kasih sayang
- Gigih
- Prihatin
- Tabah
- Insaf
- Bantu-membantu
       Konflik jiwa remaja yang dikaitkan secara simbolik dengan gelora samudera yang terancam. Watak Amirah mengalami konflik jiwa  apabila sering memikirkan rumahnya yang terletak di tepi pantai telah dirobohkan untuk digantikan dengan rumah peranginan. Sahabat karib Amirah iaitu Hakimah membawa Amirah berjumpa dengan kaunselor. Amirah juga sering teringat akan pesanan ayahnya. Akhirnya Amirah semakin pulih

~ Konflik jiwa seorang remaja yang menghadapi dugaan hidup

~ Perasaan simpati seorang rakan terhadap masalah yang dihadapi oleh sahabat karibnya
~ Pembangunan kawasan laut  untuk projek peranginan
~ Kesan-kesan pembangunan terhadap laut

No comments:

Post a Comment