Pages

Enjin Carian

Monday, 12 August 2013

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN


PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Malaysia, sebuah negara yang megah berdiri di persada dunia seiring dengan keagungan namanya. Kecekapan pemerintah yang mentadbir negara ibarat menarik rambut di dalam tepung telah berjaya melahirkan remaja yang intelek dan berinovasi sehingga dunia memandang ke arah negara kita. Namun, remaja pada hari ini terlalu mementingkan bidang akademik sehingga tidak mengendahkan kebaikan aktiviti sukan di sekolah seperti batu-batu kecil di tepi jalan. Memetik kata-kata seorang CEO syarikat gergasi, ’Manusia yang mempunyai kemahiran akademik dan kokurikulum yang seimbang adalah manusia yang sempurna’. Ungkapan ini jelaslah menunjukkan bahawa bidang sukan perlu diambil berat seiring dengan perkembangan bidang akademik. Justeru itu, kerajaan telah melancarkan program yang mewajibkan pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan. ‘1 Murid 1 Sukan’ yang merupakan idea yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Dato’ Sei Najib Abdul Razak pada tahun 2011. Justifikasinya kerana banyak faedah yang dapat diadaptasikan khususnya remaja supaya menjadi manusia yang serbaguna atau dalam istilah bahasa Inggeris “Multifuntion”.
     Sebagai remaja lagi lebai lagi berjanggut, kita perlu sedar akan tanggungjawab yang bakal diwarisi daripada golongan yang terlebih dahulu makan garam dalam memacu pembangunan negara yang kian pesat ini. Justifikasinya kerana hanya golongan inilah yang bakal menjadi pemimpin negara kelak. Oleh itu, masa-masa senggang yang ada mestilah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah agar mampu melahirkan golongan remaja yang berguna kepada negara. Remaja boleh dianalogikan sebagai padi. Jika elok penjagaannya, maka berkualitilah hasilnya kelak. Menurut W.J Brown, setiap jam dalam umur manusia itu ada gunanya. Justeru, masa sudah ditentukan bagi jam ini tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup kita. Oleh itu, masa lapang perlulah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Sekiranya masa yang berharga ini tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, negara bakal menerima impaknya kelak.
     50,000 satu angka yang sangat besar sekali. Dengan angka sebesar itu, kita boleh memanfaatkan dengan pelbagai perkara yang diingini. Malangnya, angka sebesar itu sangat digeruni dan ditakuti setiap golongan marhaen. Mengikut kajian yang telah dilakukan pada akhir tahun 2011, 50,000 orang setiap hari di seantera dunia mati disebabkan pelbagai penyakit. Hal ini mungkin memeranjatkan semua orang akan fakta yang telah dinyatakan oleh salah satu universiti di Amerika Syarikat. Namun, kita harus berpijak di bumi yang nyata bahkan di dunia fantasi kerana takut akan statistik tersebut. Oleh yang demikian, kita hendaklah bangkit daripada tidur lama dan sedar akan hidup kita tidak akan lama jika masih mengamalkan rutin harian yang akan meragut kehidupan kita bersama orang tersayang. Kendatipun sedemikian, satu lagi hakikat yang tidak boleh dikesampingkan yang sentiasa melakukan aktiviti di sekolah dapat mengatasi masalah tersebut. Hal ini kerana, murid-murid dapat mencegah diri mereka daripada mendapat penyakit seperti obesiti, diabetis dan sakit jantung. Mengikut kajian yang telah dilakukan di Universiti Malaya, jika kita melakukan aktiviti luar seperti bermain bola sepak selama 40 minit setiap 3 hari satu minggu akan melanjutkan usia seseorang itu kepada 5 bulan. Hal ini bermaksud, kita dapat menjalani kehidupan kita memikirkan akan penyakit yang akan meragut nyawa kita awal daripada usianya. Oleh itu, kita haruslah bersenam dan melakukan pelbagai aktiviti yang lasak mahupun tidak lasak. Dengan adanya pelbagai program yang telah ditakwamkan oleh pihak sekolah, kita dapat menyihatkan badan dengan melibatkan dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Bagi memperkukuhkan lagi justifikasi tersebut, kita sebagai penuntut ilmu di istitusi pembelajaran haruslah mempunyai tubuh badan yang sihat dan akal fikiran yang cerdas. ‘Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat’. Inilah kata-kata pejuang arab yang sering dipetik oleh sarjana arab yang melopori bidang ilmuan. Hal ini sudah terang lagi bersuluh bahawa melakukan aktiviti di sekolah dapat menyihatkan badan dan kesihatan badan sangat penting bagi seseorang yang masih menuntut ilmu.
     Melalui nirmala kata seterusnya, aktiviti sukan yang dijalankan di gedung ilmu ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni atai akhlak yang mulia kepada kita semua. Sikap Mahmudah ini dapat diperoleh melalui aktiviti secara berpasukan antara kita. Prakasa yang prakmatik lagi konkrit seterusnya, aktiviti sukan ini juga dapat melahirkan individu atau golongan belia yang mengamalkan akhlak mulia. Impakya, pelajar yang mempunyai sifat Mazmumah dapat dibendung supaya melahirkan insan yang mempunyai ‘Hablum minallah’ yang baik. Seperti sabda Rasulullah SAW,‘ Akhlak yang buruk akan merosakkan keimanan seperti cuka yang merosakkan madu’. Sudah terang lagi bersuluh, akhlak yang baik perlu ditanam di dalam kalbu setiap manusia terutamanya golongan pelajar. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar atau murid haruslah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Justeru, ibu bapa dan guru perlu bersinergi untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan. Ibarat kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.
     Dari sudut kodifikasi yang berbeza, program 1 Murid 1 Sukan juga boleh mengasah bakat-bakat yang terpendam dalam diri murid-murid di sekolah, seperti peribahasa melayu, belakang parang lagi diasah akan tajam jua. Program ini juga boleh melatih murid-murid yang mula menunujukkan bakat dalam bidang kesukanan untuk menjadi pelapis  kepada ahli sukan negara. Program 1 Murid 1 Sukan juga mampu membina bakat murid-murid di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Menurut Dato Misbun Sidek, negara Malaysia akan ketandusan atlit-atlit yang berbakat jika tidak dicari dan dilatih dari usia yang muda. Ungkapan ini dapat membuktikan bahawa industri sukan negara memang memerlukan pelapis dalam bidang sukan dunia. Oleh itu, menjadi pasukan pelapis kepada negara adalah penting untuk kejayaan industri sukan negara.
     Sudah terang lagi bersuluh, program 1 Murid 1 Sukan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri yang ke-6 iaitu Dato’ Seri Najib Bin Abdul Razak mampu memupuk semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid sekolah. Semangat juang murid didefinasikan sebagai semangat yang diteraplan ke dalam semangat juang yang berkobar-kobar dalam kalangan insan yang berilmu pengetahuan  ini dapat memajukan negara sehingga boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain di nusantara ini. Negara ini akan mundur jika semangat juang yang tinggi untuk membangunkan negara tiada di dalam jiwa kalbu masyarakat Malaysia. Menurut kata tokoh Sarjana Barat El Leseur, tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat  dilakukan. Sebagai remaja yang lebai lagi berjanggut, mereka perlu menyahut dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan untuk menjayakan program 1 Murid 1 Sukan. Sehubungan dengan itu, semangat juang perlu dilakukan di dalam diri sanubari insan yang bergelar belia ini. Ironinya, jika belia tidak dipupuk dengan semangat juang yang berkobar-kobar,hasrat besar kerajaan yang proaktif ini untuk mencapai sasaran tidak akan dikecapi. Seperti kata sarjana Flower A. Newhouse, barang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding dengan kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. Oleh itu, belia perlu ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni dengan kerajaan untuk melahirkan semangat juang dan menjayakan program dengan lebih efektif.
     Sebagai pengitlakan, 1 Murid 1 Sukan yang diutarakan oleh Perdana Menteri kita, Datok Seri Najib Bin Tun Abdul Razak amat bermakna dalam  memupuk semangat perpaduan kaum antara murid. Sememangnya gagasan 1 Murid 1 Sukan memberi nafas baru kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti sukan yang diminati oleh mereka bagi setiap individu. Semoga konsep 1 Murid 1 Sukan dapat dihayati oleh semua murid supaya semua murid peka terhadap bakat yang mereka ada. Oleh itu, kita perlu bersinergi untuk mengasah bakat murid-murid yang dianugerahkan oleh Allah untuk menajamkan bakat yang sedia ada. Bak kata pepatah, belakang parang lagi diasah akan tajam jua. Sekiranya, murid-murid dapat memahami konsep 1 Murid 1 Sukan, maka negara Malaysia akan menjadi negara yang dipandang tinggi oleh negara lain.


No comments:

Post a Comment