Pages

Enjin Carian

Tuesday, 6 August 2013

Penggunaan Ungkapan


Penggunaan Kata-kata Menarik / Ungkapan  Dalam Penulisan Karangan

1.       Pandu cermat jiwa selamat

2.       Sayangilah sungai kita

3.       Dadah musuh negara

4.       Rakyat sihat negara bersih

5.       Sayangilah keluarga anda

6.       Rumahku Syurgaku

7.       Malaysia Boleh

8.       Majulah sukan untuk negara

9.       Sayangilah harta benda awam

10.   Budi bahasa budaya kita

11.   Cintailah bahasa kita

12.   Merokok membahayakan kesihatan

13.   Bersekutu bertambah mutu

14.   Hilang bahasa lenyaplah bangsa

15.   Jauh berjalan luas pengalaman

16.   Filem kita wajah kita

17.   Keranamu Malaysia

18.   Guru berkualiti pemangkin kegemilangan

19.   Materialisme dan sekularisme diganti dengan spiritualisme

20.   Membaca jambatan ilmu

21.   Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

22.   Bertangguh itu pencuri masa

23.   Hidup ini merupakan satu perlumbaan

24.   Ilmu itu pelita hati

25.   Kata itu kota

26.   Masa itu emas

27.   Anak-anak ibarat kain putih

28.   Untuk hidup setahun tanamlah jagung, untuk hidup sepuluh tahun tanamlah pokok, untuk hidup selama-lamanya tanamlah ilmu

29.   Kecintaan kepada dunia merupakan pokok daripada tiap-tiap kesalahan

30.   Sesiapa yang menyerah kalah sebelum berusaha maka orang itu telah gagal dan tidak berilmu tetapi orang  gagal yang terus berusaha merupakan orang yang bijaksana dan berjaya.  Tambahan pula,  untuk mendapatkan hasil yang baik bukanlah senang dan untuk merealisasikan impian bukanlah mustahil jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
31.   Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
32.   Hadiah yang paling berharga buat teman ialah sikap bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
33.   Dalam hidup ini,  keadaan yang kita temui adalah kurang penting tetapi perkaa yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
34.   Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan.
35.   Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Lantaran itu, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh kejayaan.
36.   Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk sementara manusia yang berhemah tinggi ialah mereka yang sentiasa merendah diri.
37.   Hayatilah kehidupan anda, dan janganlah dibandingkan dengan orang lain.
38.   Kebencian tidak dapat diatasi dengan kebencian tetapi  dapat diatasi dengan kasih sayang.
39.   Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
40.   Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
41.   Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
42.   Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – Hamka
43.   Perkara yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – Aristotle
44.   Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – Aristotle
45.   Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam
46.   Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – Hamka
47.   Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – Hamka
48.   Anak-anak perlu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah dibentuk dan diasuhnya serta belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – Hamka
49.   Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
50.   Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
51.   Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika  digunakan.
52.   Dalam setiap perlakuan dan pekerjaan perlu ada kesabaran. Tanpanya, mudah sahaja kita putus semangat di tengah jalan. Ketekunan pula membawa diri kita lebih hampir dengan kejayaan yang ingin dicapai.
53.   Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang. Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai peluang masing-masing untuk memilih ruang hidup mereka.
54.   Rebutlah peluang yang besar  kerana peluang itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.
Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu.
55.    Ilmu  pengetahuan itu umpama air di lautan kerana  air itu tidak akan habis walaupun ditimba berkali-kali. Ilmu  juga akan membantu kita membina kata-kata yang berilmu untuk diteliti dan direnungi
56.   Jika anda ingin mencapai sesuatu yang tinggi, mulailah daripada yang rendah.- Cyrus
57.   Kegagalan sering disebabkan oleh kekurangan tenaga kekuatan daripada kurangnya modal.- Daniel Webster
58.   Tangan kanan yang menghayun buaian itu dapat menggoncangkan dunia dengan tangan kirinya.- Napolean Bonaparte
59.   Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya.- Pascal
60.   Jangan ditanya perkara dilakukan oleh negara untukmu, tetapi bertanyalah perkara yang dapat kamu lakukan untuk negara. - Abraham Lincoln
61.   Orang yang tidak berasa bahagia yang sedikit, tidak akan pernah menemui kebahagiaan selamanya dalam kehidupan. – Abikors
62.   Tidak ada sesuatu yang lebih mulia daripada ilmu, raja-raja menghakimi manusia, dan ulama menghakimi raja-raja. - Abu Aswad
63.   Manusia lahir dibekali dua mata dengan satu mulut agar dia boleh melihat dua kali lebih banyak daripada bercakap. – Colton
64.   Orang yang cuba melawan aturan alam, laksana kerbau menanduk bukit, tanduknya yang akan patah. - Al-Raazi
65.   Agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. - Albert Einstein
66.   Sifat-sifat buruk yang ada pada setiap insan seperti takut, benci, takbur, dan cepat marah merupakan akibat daripada faktor-faktor jasad yang tidak tenang. - Albert The Great
67.   Lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya, tetapi Aladdin yang menggosoknya terlebih dahulu. - Alex Osborn
68.   Bagaimanakah wajah negara kita 100 tahun yang akan datang? Siapakah yang akan menyemarakkan negara kita nanti ? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisihkan sumbangan remaja dalam menyuntik pertumbuhan  negara.
69.   Tidak ramai yang mahu menerima fakta bahawa membaca buku itu boleh membina minda berilmu, saling tidak tumpah seperti peranan makanan berkhasiat untuk menghasilkan badan yang sihat.
70.   Pengaruh Internet terhadap psikologi kanak-kanak menyebabkan golongan itu membesar sebagai insan yang ganas sekali gus mendorong pelbagai perlakuan agresif.
71.   Menurut pakar psikiatri, dari aspek psikologi kanak-kanak yang bermain permainan video ganas, bukan saja berimaginasi malah menghayati babak pembunuhan itu kerana mereka bertindak selaku watak utama dalam permainan, seterusnya perlakuan ganas dalam permainan video akan terbawa-bawa dalam alam realiti.
72.   Peribahasa Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi sebenarnya minda dan fikiran. Oleh itu, minda kita keseluruhannya perlu dipacu dengan ilmu pengetahuan, serta wajar diasah dan diasuh agar berfikir mencipta kegemilangan.
73.   Pemikir tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca buku bermutu itu ibarat ‘berdialog’ dengan orang-orang hebat atau pemikir-pemikir besar. Bukan itu sahaja, buku dapat mempertemukan dan menghubungkan dunia masa silam dengan dunia pembaca masa kini. Betapa hebatnya pengaruh buku itu, sehinggakan Voltaire menegaskan buku mampu membakar semangat sesuatu bangsa dan mengubah dunia.
74.   Apa gunanya kita mempunyai kemudahan yang canggih tetapi rakyat kita tidak mampu menggunakannya kerana mereka tidak celik minda dan tidak mempunyai pengetahuan. Hal ini boleh diumpamakan sebuah negara yang subur dan mempunyai banyak hasil bumi seperti emas, perak dan permata, tetapi semua itu akan menjadi sia-sia jika tenaga manusianya tidak berkualiti, tidak berpengetahuan dan tidak mampu menguasai teknologi.
75.   Nilai tamadun sesuatu bangsa itu dianggap amat berharga seperti kata-kata Aristotle, ukuran tamadun sesuatu bangsa itu bukan terletak pada kesuburan tanahnya tetapi darjat bangsanya yang merdeka.
76.   Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan kita. Sahabat sejati menjadi pendorong pada impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan yang benar.
77.   Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
78.   Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan  cara untuk menyelesaikan masalah yang paling berkesan
79.   Apabila menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit, carilah jalan penyelesaian dengan cara yang paling bijaksana agar kerumitannya dapat diselesaikan tetapi dengan tidak mengorbankan segala prinsip dan tanggungjawab. Tindakan tersebut ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan terserak.
80.   Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki dalam ambang yang rancak sekali.
81.   mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
82.   mendukung kebenaran yang kita sepakati
83.   mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
84.   mengambil langkah sederap
85.   menghirup udara hasil kemerdekaan
86.   mengikut acuan sendiri
87.   mengundang kontroversi
88.   menjadi cerucuk utama pembangunan
89.   menjulang negara ke puncak jagat
90.   menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
91.   menyambut gamitan menara impian
92.   menyebabkan imej negara tercalar
93.   mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
94.   mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
95.   milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
96.   muafakat merupakan inti kepada perpaduan
97.   negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
98.   nilai keinsanan yang syumul
99.   nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
100.                        pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
101.                        pelbagai cabaran yang bakal menghambat
102.                        pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
103.                        pembentukan masyarakat sakinah
104.                        pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda  kini
105.                        pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
106.                        perlu dibaja kembali
107.                        perubahan yang diharap masih belum menjelma
108.                        petanda kehancuran generasi
109.                        kewujudan masyarakat madani
110.                        propaganda negatif terhadap negara  dapat ditepis
111.                        kita perlu mengorak langkah
112.                        kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
113.                        komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
114.                        kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu masyarakat kita
115.                        Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
116.                        makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
117.                        mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
118.                        manifestasi kesanggupan bangsa
119.                        manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
120.                        masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
121.                        masalah sosial dan susila yang meruncing
122.                        masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
123.                        masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
124.                        melangkah dengan seribu kekuatan
125.                        melontarkan soalan yang cukup penting
126.                        melupakan cita-cita yang lebih luhur
127.                        membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
128.                        membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
129.                        membenam budaya hedonisme yang tidak berfaedah
130.                        membetulkan ketidaktepatan fakta
131.                        membimbing mereka memenuhi impian
132.                        membina impian masa depan yang lebih gemilang
133.                        membongkar kepincangan
134.                        membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
135.                        mempengaruhi minda generasi muda
136.                        mempertahankan perasaan saling bersefahaman
137.                        mempertingkat dan memperteguh kefahaman
138.                        mempraktikkan elemen tolak ansur
139.                        memudaratkan kesejahteraan rakyat
140.                        menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
141.                        menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
142.                        menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
143.                        menampilkan wajah baru yang disulami tekad
144.                        menangkis tuduhan yang tidak berasas
145.                        mencapai tahap yang mencemaskan
146.                        mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
147.                        mendapat perhatian dan liputan media massa
148.                        mendepani masa depan yang tidak menentu
149.                        Janganlah  membiarkan diri sendiri  dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah kerana     sesungguhnya Tuhan menyukai orang yang berbuat baik
150.                        Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab. Begitu juga, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan

1 comment: