Kerja Guru vs Jadi Guru
Maaf ya, ini bukan
pentas omong kosong
Ini bukan ceritera
penglipur lara
Ini cerita nyata
Inilah
realitinya...
Anda lulus sarjana
bukan?
Apa cita-cita anda?
Doktor atau
jurutera?
Ya, ada di antara
kita dan ada di antara mereka
memiliki segulung
ijazah pastinya
punyai cita-cita
seluas laut,
setinggi gunung.
Berapa kerat antara
kita
Yang jujur hatinya
Ikhlas niatnya
Untuk menjadi
guru...
Guru kerjanya
mengajar
Siapa-siapa saja
boleh kerja guru
Ada sarjana muda
boleh menjawat DG41
Tapi menjadi guru
Itu yang sukar
Bukan siapa-siapa
sahaja
Bukan cuma pada
sarjana.
Jangan kerja guru
jika kita tidak mampu jadi guru
Jangan kerja guru
jika tidak mahu jadi guru
Jangan kerja guru
jika tidak tahu jadi guru
Jangan kerja guru
jika malu jadi guru.
Jadilah guru bukan
disebabkan tak dapat kerja
Jadilah guru bukan
disebabkan nak cepat kerja
Jadilah guru bukan
disebabkan tiada kerja
Jadilah guru bukan
disebabkan takut tak bekerja
Tidak boleh jadi
guru jika kerja guru pilihan terakhir
Tidak boleh jadi
guru jika kerja guru sebagai sambilan
Tidak boleh jadi
guru jika kerja ingin lekas pulang
Tidak boleh jadi
guru jika matlamat adalah wang
Guru itu mendidik
Guru itu mengasuh
Guru itu peramah
Guru itu pengasih
Pada jiwa seorang
yang menjadi guru itu
-
Murid-murid adalah
anak-anak
-
Sekolah adalah rumah
-
Tugas adalah amanah
-
Keringat adalah rahmat
-
Ganjaran adalah berkat
Terlanjur bekerja
guru...
Jadilah guru
Pasrah dan ikhlas
Jujur dan syukur
Ganjaran bukan pada
duniawi
Habuan pahala dari
Ilahi
Sekelumit doa
daripada anak-anak kita yang berjaya
Adalah
lorong-lorong ke Firdausi
Selangkah maju
anak-anak didik kita
Adalah kenikmatan
yang tak terhingga
Kita pancang hasrat
Tanamkan tekad
Jadilah guru penuh
makrifat
Moga harum kasturi menemani hayat.
No comments:
Post a Comment