Latar Masyarakat Novel Kembara Amira
1. Masyarakat pelajar - Amira, Jacinta dan
Itai merupakan pelajar sekolah yang sedang bercuti.
2. Masyarakat yang mementingkan
persahabatan - Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai
persahabatan serta saling menghormati dan tidak pernah bersengketa dalam
sebarang perkara. Amira dan Itai sanggup mencari ketulan emas untuk dihadiahkan
kepada Jacinta walaupun tindakan itu membahayakan diri mereka sendiri.
3. Masyarakat yang sayang akan alam sekitar
- Tau tidak suka akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan binatang
yang terdapat di dalam hutan. Malique juga tidak mahu hutan itu dirosakkan atau
dimusnahkan.
4. Masyarakat orang Asli - Ludin, Tau dan
Itai merupakan orang Asli yang tinggal di kawasan Bukit Mat Raya.
5. Masyarakat yang gigih berusaha -
Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari
gali artifak di tapak kerja lapangan.
6. Masyarakat yang suka menolong orang -
Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas dan Tau pula menyelamatkan
Jacinta.
7. Masyarakat yang mementingkan muafakat -
Masyarakat kampung berbincang untuk membuat keputusan dalam menghadapi sebarang
permasalahan seperti peristiwa Itai yang membawa Amira ke sungai yang ada
ketulan emas.
8. Masyarakat yang berani - Amira dan Itai
berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menyelamatkan Malique. Mereka juga berani
berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengurung Malique.
9. Masyarakat yang kuat semangat - Amira
kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu
yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin.
10. Masyarakat yang penyayang - Profesor
Zaidah merupakan ibu yang penyayang kerana walaupun sibuk, dia masih mengambil
berat keselamatan Amira. Begitu juga dengan Tau yang sangat sayang akan anaknya
iaitu Malique atau Sabi.
11. Masyarakat yang ikhlas - Pak Lias
ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya.
Amira pula memberikan ketulan emas itu kepada Ludin setelah diminta oleh Ludin
kerana dia ikhlas dan tiada tujuan lain, selain hendak memberikan ketulan emas
tersebut kepada Jacinta sebagai hadiah.
12. Masyarakat yang patuh akan arahan - Pak
Lias menghormati dan taat akan arahan Profesor Zaidah serta menjalankan tugas
seperti yang diarahkan oleh ketuanya itu. Dr. Zawawi juga patuh akan arahan
yang diberikan oleh Profesor Zaidah.
13. Masyarakat yang menghormati orang lain
- Itai menghormati orang yang lebih tua daripadanya, contohnya dia menghormati
Ludin dan Tau dan tidak membantah cakap mereka.
14. Masyarakat yang mahir dalam perubatan
tradisional - Ludin berkemahiran untuk merawat Profesor Zaidah yang terseliuh
tangannya hingga sembuh dengan menggunakan perubatan tradisional iaitu daripada
buluh, daun kayu dan ramuan daripada akar kayu.
15. Masyarakat
yang mengakui kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan - Profesor Zaidah
mengakui kesilapannya yang mengutamakan kerjanya dan mengabaikan Amira
terutamanya selepas dia hampir mati lemas di sungai.
No comments:
Post a Comment