KATA-KATA MENARIK DALAM KARANGAN
Semakin bijaksana seseorang, semakin bijaklah orang itu menjaga mulutnya.
Couwie Joan
Jika anda ingin mencapai sesuatu yang tinggi, mulailah daripada yang
rendah.
Cyrus
Kegagalan sering disebabkan oleh kekurangan tenaga kekuatan daripada
kurangnya modal.
Daniel Webster
Tangan kanan yang menghayun buaian itu dapat menggoncangkan dunia dengan
tangan kirinya.
Napolean Bonaparte
Sebuah zoo ialah tempat bagi masyarakat binatang untuk mengkaji tabiat
manusia.
Oliver Hereford
Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat
ini dan ambillah manfaatnya.
Pascal
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang
boleh kamu buat untuk negara.
Abraham Lincoln
Engkau sanggup menipu sekian orang separuh zaman dan engkau pun sanggup
menipu separuh orang untuk sekian zaman, tetapi engkau tidak sanggup menipu
sekian orang untuk sekian zaman.
Abraham Lincoln
Orang yang tidak berasa bahagia yang sedikit, tidak akan pernah menemui
kebahagiaan selamanya dalam kehidupan.
Abikors
Tidak ada sesuatu yang lebih mulia daripada ilmu, raja-raja menghakim
manusia, dan ulama menghakimi raja-raja.
Abu Aswad
Manusia lahir dibekali dua mata dengan satu mulut agar dia boleh melihat
dua kali lebih banyak daripada bercakap.
Colton
Rasa takut ialah naluri, rasa berani ialah kemenangan. Kemahuan membungkam rasa takut dan
menyembunyikan di bawah rasa berani.
Comtesse Diane
Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya
orang itu akan sentiasa berada dalam kemungkaran Allah sehingga mati.
Abu Daud
Sesiapa yang cinta kerana Allah, marah kerana Allah, memberi kerana Allah,
menegak kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurna imannya.
Abu Daud dan At-Termizi
Berhati-hatilah terhadap orang yang tidak pernah marah.
Abu Dzar
Orang yang sabar terbentuk untuk menjadi raja.
Dekker
Langkah pertama untuk mengatasi kesukaran ialah memusatkan perhatian anda
kepada kenyataan-kenyataan yang paling penting daripada keadaan yang sedang
anda hadapi.
Dr. Cipto Mangunkusumo
Janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok kerana bahawasanya
Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
Nabi Muhammad s.a.w.
Sesungguhnya engkau tidak akan memperoleh apa yang engkau sukai, melainkan
dengan kesabaranmu atas apa yang telah engkau sukai.
Nabi Isa a.s.
Orang yang cuba melawan aturan alam, laksana kerbau menanduk bukit,
tanduknya yang akan patah.
Al-Raazi
Agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
Albert Einstein
Sifat-sifat buruk yang ada pada setiap insan seperti takut, benci, takbur,
dan cepat marah merupakan akibat daripada faktor-faktor jasad yang tidak
tenang.
Albert The Great
Lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya, tetapi Aladdin menggosoknya
terlebih dahulu.
Alex Osborn
Lebih baik berakhir dengan kengerian daripada ngeri yang tidak
berkesudahan.
Alexander Powell
Orang yang hanya mementingkan diri sendiri akan mencipta banyak lawan.
Confucius
Bercakap-cakap ialah bertukar-tukar fikiran, bertukar-tukar pandangan, dan
bertukar pengalaman; rahsia bercakap ialah pandai berbicara, pandai bertanya,
dan pandai mendengarkan.
Daryanto
Lelaki myakinkan sendiri semua hal, wanita pula puas dengan diberi
ketanangan.
De Beanchere
Kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya
berstu padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara.
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Apa yang kita pungut daripada kehidupan ini ialah apa yang kita tanam di
dalamnya.
Dr. Marion Hillard
Orang yang memiliki kecintaan yang baik, malu untuk melakukan kejahatan.
Dr. Walter Von Vogelweide
Kalau kita memerintah kekayaan, kita akan menjadi kaya dan bebas,
sebaliknya kalau kekayaan memerintah, kita akan miskin.
Edmund Burke
Cita-cita perlu bagi manusia yang hidup.
Manusia yang tidak mempunyai cita-cita seperti mati sebab hakikatnya
manusia yang tidak bercita-cita sudah mati batinnya samalah seperti hidup dalam
kubur.
Abu Hanafiah
Sebesar-besar penganiayaan ialah mendustai diri sendiri.
Abu Hassan al-Waraaq
Urusan yang kecil akan kelihatan besar bagi orang yang berjiwa kecil,
manakala urusan besar akan kelihatan kecil bagi orang yang berjiwa besar.
Abul Islami
Sesuatu ciptaan baru dapat dikatakan berseri-seri apabila orang lain yang
memerhatikannya itu dapat merasakan keindahan dalam jiwanya.
Adinegora
Kebahagiaan adalah seperti batu karang yang diperoleh sebagai produk
sampingan dalam proses pembuatan sesuatu.
Adous Thuuxley
Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang
keras.
Aflatun
Berbahagialah orang yang terlalu sibuk untuk berasa cemas pada waktu siang
dan terlalu mengantuk untuk cemas pada waktu malam.
Aikman
Dasar daripada tatacara pergaulan dalam masyarakat ialah memberi perhatian
yang wajar terhadap orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.
Al-Fudhail Iyadh
Orang yang banyak cakapnya, nescaya banyak juga bohongnya. Orang yang banyak hartanya, nescaya banyak
dosanya dan orang yang buruk akhlaknya, nescaya menyeksa dirinya.
Al-Hassan
Orang yang lurus dari segi percakapannya iaitu tiada kunci antara batin dan
zahirnya dan tidak mempunyai rahsia diri, itulah manusia yang jujur.
Al-Hahiz
Keikhlasan itu membersihkan daripada segala kekotoran.
Al-Junaid al-Baghdad
Barang siapa yang membuat fitnah, nescaya dia kan berbuat fitnah terhadap
engkau dan sesiapa yang menyampaikan kepada engkau hal orang lain, nescaya dia
juga akan menyampaikan hal engkau kepada orang lain.
Al-Khalil Ahmad
Jangan diikut perangai lampau, menerangi orang lain tetapi dirinya sendiri
terbakar. Sebaliknya contohilah perangai
bulan, setiap kali bertentangan dengan matahari, bulan akan mendapat cahaya
baru.
Al-Kindi
Tragedi yang terbesar dalam hidup seseorang ialah apabila tidak mengetahui
pekerjaan yang sesuai bagi diri dan bakatnya.
Edna Kerr
Jangan mengeluh hanya kerana tidak mempunyai kasut sebelum melihat orang
yang tidak mempunyai kaki.
Edward Young
Pujian ialah hadiah tunggal yang menyebabkan seseorang itu berasa terhutang
budi.
Emerson
Orang yang belum pernah gagal sebenarnya orang yang belum pernah mencuba.
Emmett Le Compte
Kebahagiaan itu tidak sentiasa kesenangan, tetapi biasanya kemenangan.
Fosdick
Harapan ialah sarapan yang nikmat, tetapi makan malam yang pahit.
Francis Becon
Bercakap tanpa berfikir seperti menembak tanpa sasaran.
Fuller
Jangan seperti ayam jantan yang mengira bahawa matahari terbit untuk
mendengar kokoknya.
George Elliot
Adab itu menjadi pelita akal sebagaimana api di dalam gelap-gelita menjadi
pelita mata.
Ghazali Bayruni
Orang yang sangat dihormati apabila melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan
masyarakat sekitarnya.
Mahatma Gandhi
Apabila sesuatu bangsa itu menghina dirinya, ketika itulah bangsa lain
turut mnghinanya.
Meng Tze
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada
perubahan.
Mitz
Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu menilai laksana menyuap madu ke
mulutnya dan jari kita pula digigitnya.
Muhammad Abduh
Apa yang amat kita ingini, kita lekas untuk mempercayainya.
Edward Young
Cara anda berbicara dan mengutarakan pendapat kepada orang lain sangat
mempengaruhi segala hasilnya.
Daryanto
Terima kasih muin jiejie
ReplyDelete