PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA
Kisah ini bermula
dengan perjalanan geliung panjang (kapal layar yang besar dijadikan kapal
perang atau kapal dagang) Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meredah lautan untuk
pulang ke Tanah Jawa. Geliung yang terlalu laju itu menyebabkan semua anak
kapalnya muntah-muntah dan mabuk kecuali Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang
menjadi jurumudi, (jurumudi yang asal
turut mabuk) Si Kembang Cina dan Awang
Sulung Merah Muda. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina
memanggilkan Awang Sulung untuk menggantikannya yang keletihan. Awang Sulung
tidak mahu menuruti perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memujuk Awang untuk menggantikannya dengan
bahasa yang lembut. Sebelum menggantikan tempat Tuan Puteri Dayang Seri Jawa,
Si Kembang Cina telah menghidangkan makanan kepada Awang Sulung kerana dia
kelihatan letih.
Selepas makan,
Awang Sulung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa untuk menjaga kemudi
kapal. Awang Sulung tidak menjaga kemudi geliung itu malah membiarkan
geliung tersebut belayar mengikut tiupan
angin. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang keletihan tidak mahu berehat kerana
Tuan Puteri sebenarnya mahu berdua-duaan
dengan Awang Sulung. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sudah jatuh hati
kepada Awang Sulung sehinggakan bau busuk Awang Sulung yang seperti belacan itu
dibaunya harum.
Setelah tiga hari
belayar, mereka tiba di Pulau Tapai. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengajak
Awang Sulung berlabuh di situ untuk mengambil kayu dan air yang kehabisan.
Namun begitu, geliung mereka tidak dapat berlabuh kerana air laut yang
bergelora. Awang Sulung mencampakkan bungkusan tulang pelanduk putih yang
diikat dengan benang lima warna ke dalam laut. Air laut menjadi tenang.
Setelah beberapa
lama mereka berlabuh, orang-orang yang mabuk tadi mulai tersedar. Ada yang
terpinga-pinga kerana tidak tahu lokasi mereka berada pada waktu itu. Jurumudi
geliung juga tersedar dan dengan segera dia mencabut kerisnya dan menikam
seekor ayam. Jurumudi itu berjumpa dengan Tuanku Nakhoda Tua dan mengaku bahawa
dialah yang menyelamatkan geliung tersebut daripada amukan Tuan Puteri Dayang
Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua yang baru tersedar daripada pengsan membelek-belek
keris jurumudi yang berdarah itu. Tuanku Nakhoda Tua mempercayai kata-kata jurumudi
itu kerana pada waktu amukan berlaku baginda telah pengsan.
Geliung itu
berlabuh di Pulau Tapai selama tiga hari tiga malam. Anak-anak geliung itu
bergembira dengan pelbagai jamuan. Tuanku Nakhoda Tua berjanji akan
mengahwinkan puterinya dengan sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayaran itu
sehingga ke Tanah Jawa. Jurumudi menyatakan kesanggupannya untuk memastikan
perjalanan mereka selamat. Tuanku Nakhoda Tua meminta jurumudi bersabar kerana
mereka masih berada dalam keadaan bahaya. Hal ini demikian kerana mereka akan
menempuhi kawasan yang dipenuhi bajak laut (lanun laut).
Pada suatu hari,
jurumudi terlihat Awang Sulung hanya duduk dan makan. Awang Sulung tidak
melakukan kerja seperti mengambil air dan kayu seperti anak-anak geliung yang
lain. Dia menanyakan hal itu kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa amat murka dengan pertanyaan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa terfikir untuk menguji kecekapan Awang Sulung. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina mengambilkan buyung suasa dan meminta Awang
Sulung mengambil air. Perkara yang aneh berlaku apabila anak-anak geliung
mencari air di pulau, Awang Sulung pula mengambil air di tengah laut di tempat
arus yang paling kuat. Awang Sulung diberikan sebilah parang untuk mencari
kayu. Namun begitu, orang lain mengambil pokok bakau dan temu laut (sejenis
herba laut yang berumbi untuk dijadikan
ubat) Awang Sulung mengambil batang nipah. Jurumudi meluahkan perasaan tidak puas
hatinya terhadap sikap Awang Sulung itu di hadapan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa.
Sewaktu jamuan
kenduri diadakan, jurumudi bersubahat dan berpakat dengan Si Kembang Cina untuk
memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung. Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa telah mengetahui perkara itu lalu baginda memarahi Si
Kembang Cina. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina menyediakan
makanan istimewa yang diletakkan di atas
talam yang beralaskan kain kuning. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa air laut
yang diambil oleh Awang Sulung. Air yang masin itu telah bertukar menjadi manis
seperti serbat (minuman daripada air gula). Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
menyuruh Si Kembang Cina merasa air masin itu juga. Si Kembang Cina berasa
hairan dan kagum akan kemanisan air tersebut. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
mengingatkan Si Kembang Cina agar tidak mengulangi perbuatan seperti itu lagi
kepada Awang Sulung.
Tuanku Nakhoda Tua
memanggil kesemua anak geliung sebaik-baik sauh diangkat untuk meneruskan
pelayaran. Baginda menerangkan bahawa perjalanan mereka akan menempuhi kawasan
Laut Sekona Lingga yang dipenuhi oleh bajak-bajak laut dan ketua masing-masing,
iaitu Sekona Lingga, Panglima Helang Laut, Panglima Kecil Muda Teruna, Panglima
Kecil Muda Suara. Baginda berjanji akan mengahwinkan sesiapa yang dapat
menyelamatkan baginda dan puteri baginda dengan puteri baginda, iaitu Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa. Seluruh anak geliung itu terpegun dan berasa kecut
perut apabila mendengar jumlah lanun yang banyak di laut itu. Namun begitu, jurumudi
mengatakan bahawa dialah yang akan berlawan dengan bajak-bajak laut itu
kesemuanya.
Apabila mereka
melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung
itu. Anak-anak geliung itu lari ke bawah untuk menyelamatkan nyawa masing-masing
termasuklah jurumudi itu sendiri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memerintahkan Si
Kembang Cina memanggil Awang Sulung untuk menentang bajak laut itu. Awang
Sulung memberikan alasan bahawa tangan dan kakinya sakit-sakit. Apabila
mendengar alasan Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengetahui barang
yang perlu diberikan kepada Awang Sulung. Si Kembang Cina disuruhnya untuk
memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi kepada Awang Sulung. Selepas
mandi, terjelmalah rupa sebenar Awang Sulung yang kacak dan berseri-seri.
(Sebelum ini hitam dan comot). Awang Sulung memakai pakaian pusaka warisan
bondanya, mengenakan keris dan pedang
sakti sebelum keluar menghadapi pihak lanun laut.
Pada waktu itu, 44
orang lanun sedang mencangkuk alat tempat mengikat tali kapal. Awang Sulung
menyeru nama ketua-ketua lanun. Lanun-lanun yang mendengar suara Awang Sulung
berasa gementar kerana mengecam suaranya. Dengan tubuh yang gementar,
lanun-lanun laut tersebut memohon ampun
kerana tidak mengetahui bahawa penghulu mereka, iaitu Awang Sulung turut berada
di dalam geliung yang diserang oleh
mereka itu. Awang Sulung menjelaskan bahawa baginda tidak memberitahu pelayaran
baginda kepada mereka kerana baginda menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
kembali ke Tanah Jawa. Awang Sulung turut menyatakan bahawa baginda juga telah
berhutang rial batu (wang) dan emas dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa untuk
melangsaikan hutang baginda kepada Datuk Batin Alam. Lanun-lanun tersebut telah
berjanji untuk melangsaikan hutang baginda jika Awang Sulung hendak pulang ke
Bandar Mengkalih. Awang Sulung telah menyatakan hasrat baginda untuk pulang ke
Bandar Mengkalih Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kerana hutangnya telah langsai.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ingin terjun ke laut apabila mendengar hasrat Awang Sulung tetapi
segera dihalang oleh hulubalangnya. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh pengsan
namun sedar kembali apabila mendengar Awang Sulung berpantun.
Sementara itu,
semua ketua lanun dan pengikut-pengikut mereka dijamu makanan dan minuman
bersama-sama dengan anak geliung di atas dek itu. Ketua-ketua lanun itu telah
mengisikan wang dinar emas ke dalam geliung itu. Setelah kumpulan lanun itu
pergi, jurumudi sekali lagi telah menikam seekor ayam. Dengan membawa keris
yang berdarah itu, jurumudi menghadap Tuanku Nakhoda Tua dan mengaku bahawa dia
telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun. Dengan tidak
berfikir panjang, Tuanku Nakhoda Tua percaya akan pembohongan jurumudi itu
lantas menitahkan Mualim Cik Mas mengahwinkan
puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sangat marah dengan
tindakan ayahandanya itu yang tidak mengetahui hal yang sebenarnya. Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa menyuruh ayahandanya melihat seseorang di tengah geliung itu.
Tuanku Nakhoda Tua ternampak seorang pemuda yang sangat tampan dengan wajah
yang berseri-seri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menerangkan bahawa pemuda itu
ialah Awang Sulung Merah Muda anak tuanku Si Helang Laut, cucu Tuanku Si Helang
Mawai. Sebelum ini Awang Sulung menyamar menjadi budak yang hitam dan
comot. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
menjelaskan bahawa Awang Sulung yang telah menyelamatkan geliung mereka dan
memenuhkannya dengan dinar emas pemberian bajak laut. Apabila mengetahui
perkara yang sebenar, Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung lalu
mengahwinkan Awang Sulung dengan puterinya. Jurumudi yang berbohong itu
melarikan diri daripada majlis tersebut dan terus mengemudi geliung dengan
perasaan malu dan marah.
Setelah meraikan
majlis perkahwinan, geliung tersebut
meneruskan pelayaran ke Tanah Jawa. Pelayaran mereka merentasi beberapa buah
pulau sebelum tiba di Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung dijemput naik
ke darat oleh raja Negeri Pati Talak Terengganu. Semasa naik ke darat, Awang Sulung
ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat yang mengepit Kinantan Suci, iaitu
seekor ayam laga. Apabila sampai di negeri tersebut, Awang Sulung ingin
bersabung ayam dahulu. Pada mulanya,
Kinantan Suci hampir tewas. Namun begitu, selepas mendengar tuannya
berseru-seru memberikan semangat, Kinantan Suci menaji lawannya sehingga putus
kepala. Selepas bersabung ayam, Awang Sulung naik ke balairung dan disambut
oleh pembesar dan rakyat di negeri itu.
ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM
PROSA TRADISIONAL PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA
ITEM
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
Tema
|
Kelebihan,
kesaktian, keistimewaan dan kehebatan anak raja
|
Awang Sulung
Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan, kesaktian, keistimewaan dan
kehebatan seperti berikut
- boleh
menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi,
- menenangkan air
laut dengan mencampakkan tulang pelanduk putih,
- menukarkan air
laut yang masin menjadi manis,
- semasa ketibaan
baginda ke Negeri Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam
berbunyi sendiri seolah-olah menyambutnya
- dan ketika
baginda menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung
sehingga khirnya dapat mengalahkan lawannya Si Jalak.
|
Persoalan
|
Persoalan cinta
tidak mengenal rupas paras
|
Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang
dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam
|
Persoalan
perasaan dengki dan cemburu
|
Jurumudi sangat
dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri
sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam
tempurung berbulu kepada Awang Sulung
|
|
Persoalan
kewibawaan dan pengaruh yang kuat mampu menumpaskan lawan
|
Lanun-laun tidak
berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila
mendengar suara Awang Sulung Merah Muda
|
|
Persoalan menipu
untuk mencapai matlamat
|
Jurumudi menipu
Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung
daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan lanun dengan menunjukkan
keris yang berdarah ayam.Tujuannya supaya dia
dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
|
|
Persoalan
menghormati tetamu
|
Awang Sulung
disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa
naik ke balairung seri
|
|
Persoalan keberanian menghadapi cabaran
|
Awang Sulung
berani mengalahkan serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah sehingga mereka dapat
belayar dengan selamat
|
|
Watak &
perwatakan Awang Sulung Merah Muda
|
Memiliki pelbagai kesaktian
|
Baginda dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air
masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan
geliung
|
Patuh pada peraturan
|
Baginda meminta
Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum menyabung ayam
|
|
Merendah diri
|
Apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri baginda
mengatakan sekiranya dia berada di daratan boléela dia menjadi penghalau
ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah
|
|
Berani
|
Mampu mengalahkan serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan
lanun-lanun seorang diri
|
|
Watak &
perwatakan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
|
Penyayang
|
Tuan Puteri jatuh hati kepada Awang Sulung setelah melihat kelebihan
dan kehebatan Awang Sulung
|
Menghormati tetamu
|
Baginda meminta Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa kepada
Awang Sulung
|
|
Prihatin
|
Baginda marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam
tempurung berbulu dan ketika jurumudi dengki kepada Awang Sulung
|
|
Suka menguji
|
Baginda menguji kelebihan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil
air
|
|
Latar masa
|
3 hari 3 malam
|
3 hari 3 malam tempoh masa geliung berlabuh di Pulau Tapai
|
Waktu siang
|
Ketika anak-anak papal mencari kayu api dan air di pulau
|
|
Latar tempat
|
Geliung panjang
|
Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri
Semarang di Tanah Jawa
|
Pulau Tapai
|
Tempat geliung
berlabuh untuk mengambil kayu dan air
|
|
Pulau Salah Nama
|
Sekumpulan lanun
menyerang geliung dan Awang Sulung berani menentang lanun-lanun tersebut
|
|
Negeri Pati Talak
Terengganu
|
Awang Sulung
menyabung ayamnya Kinantan Suci
|
|
Latar masyarakat
|
Masyarakat
bangsawan
|
Terdiri daripada
Awang Sulung Merah Muda, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua,
Tuan Puteri Pinang Masak dan Raja Negeri Pati Talak Terengganu
|
Masyarakat penipu
|
Jurumudi menipu
Tuanu Nakhoda Tua dengan memberitahu bahawa dialah yang menewaskan
lanun-lanun yang menyerang geliung mereka
|
|
Masyarakat yang
suka menyabung ayam
|
Awang Sulung
singgah di Negeri Pati Talak Terengganu kerana ingin menyabung ayam
|
|
Masyarakat yang
berani
|
Awang Sulung
mengalahkan serangan lanun-lanun seorang diri
|
|
Masyarakat lanun
|
Lanun-lanun
menyerang geliung yang dinaiki oleh Tuan Puteri
|
|
Nilai
|
Keberanian
|
Awang Sulung
berani bertarung dengan lanun-lanun yang menyerang geliung yang dinaiki oleh
mereka untuk memastikan Tuan Puteri selamat
|
Keinsafan
|
Tuanku Nakhoda
Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahannya kepada Awang Sulung
|
|
Hormat-menghormati
|
Tuan Puteri
menghormati Awang Sulung dengan meminta Si Kembang Cina menyediakan hidangan
istimewa kepada Awang Sulung
|
|
Kasih sayang
|
Tuan Puteri jatuh
hati kepada Awang Sulung dan ingin terjun ke dalam laut apabila Awang Sulung
menyatakan tugasnya sudah selesai dan ingin pergi dari situ
|
|
Merendah diri
|
Awang Sulung
merendah diri apabila berada di atas geliung sambil menyamar budak hitam dan
comot
|
|
Pengajaran
|
Kita hendaklah
berani menghadapi cabaran agar kecelakaan dapat dielakkan
|
Awang Sulung
berani berlawan dengan lanun-lanun seorang diri untuk memastikan Tuan Puteri
selamat dalam pelayaran
|
Kita hendaklah
insaf apabila melakukan kesilapan agar orang lain tidak membenci kepada kita
|
Tuanku Nakhoda
Tua insaf dan memohon maaf kepada Awang Sulung setelah mengetahui perkara
yang sebenar
|
|
Kita perlu saling
mengasihi supaya hubungan berkekalan
|
Awang Sulung dan
Tuan Puteri saling menyayangi selepas berkahwin
|
|
Jangan kita
menipu orang lain kerana perbuatan tersebut akan mendatangkan musibah
|
Jurumudi menerima
hukuman atas perbuatannya menipu Tuanku Nakhoda Tua
|
|
Jangan kita
meninggalkan kawan kita yang berada dalam kesusahan
|
Jurumudi lari
menyelamatkan diri apabila lanun menyerang geliung mereka
|
|
Gaya Bahasa
|
Bahasa klasik
|
geliung
|
Bahasa Istana
|
Beta, santap,
kekanda, ayahanda
|
|
Peribahasa
|
Enau mencari
sigai, lesung mendapatkan antan, kecil hati
|
|
Simile
|
Bagai pucuk
dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas haribulan, bagai
kilat sambar-menyambar
|
|
Unsur puisi
tradisional
|
Pantun, seloka
|
Pelayaran yang Penuh
Peristiwa
Baca prosa klasik di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Ketika Awang Sulung
berpantun itu, sekali lagi rakyat Negari Pati Talak menjadi hairan kerana
terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.
Sungguhpun dalam hatinya
mahu mengatakan bahawa putera ini mungkin anak saudaranya, tatapi hatinya masih
merasa ragu-ragu sebab takut tersalah orang kelak malu di tengah khalayak
ramai.
“Sila anakanda ke
balairung seri.”
“Baiklah, ayahanda. Tetapi anakanda hendak ke gelanggang sabung terlebih
dahulu.”
Di gelanggang, disuruhnya
Bujang Selamat bertanyakan tentang adat bergelanggang. Jawab penghulu gelang, “Bermain di sini
beradat juga, encik.” “Bolehkah menyeru
tuah ayam di dalam gelanggang?” tanya Bujang Selamat lagi.
“Semuanya boleh,
encik. Yang tidak, boleh hanya mencabut
keris di pinggang, membuang tengkolok di kepala, menyingsing lengan dan
menyerukan anak lelaki.”
- Berikan maksud rangkai kata bagai
kilat sembur-menyembur.
- Apakah adat menyabung ayam yang tidak dibenarkan seperti dijelaskan
oleh penghulu gelanggang sebelum acara menyabung ayam dijalankan?
- Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dahulu gemar menyabung ayam?
Jawapan?
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteTerima kasih. Sangat membantu
ReplyDelete