SAJAK KECEK – V
karya Awang Abdullah
Maksud
Rangkap 1
Seorang pengarah syarikat mengumpulkan kekayaannya dengan
melakukan penipuan atau pecah amanah dan perkara itu menyusahkan orang lain.
Rangkap 2
Seorang petani di kampung pula berusaha dengan tenaga dan
kudrat yang dimilikinya untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang
ramai. Namun begitu, dia tidak pernah mengambil harta atau kekayaan orang lain
untuk meneruskan kehidupannya yang sekian lama dalam kemiskinan.
Rangkap 3
Seorang nelayan yang hidup miskin meneruskan hidupnya
dengan mencari rezeki di laut untuk membesarkan anak-anaknya. Namun begitu,
nelayan itu tidak pernah mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain
semasa mencari rezeki walaupun dia sudah lama hidup dalam keadaan susah.
Rangkap 4
Walau bagaimanapun, Tuhan tidak pernah mungkir untuk
mencatatkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk menegakkan
keadilan pada hari pembalasan nanti.
Tema
Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur.
Persoalan
1. sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain
2. kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki
3. ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga
4. hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang
Gaya Bahasa
1. Metafora
– akaun kemiskinannya
- pagar sengsara
- akaun sengsaranya
- ruang kedaifan
- rahang laut
- pusaran nasib
- rumah keadilan
2. Pengulangan – tetapi, ke dalam, di, ke dalam
3. Asonansi – yang telah lama pecah
4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan
Nada
Sinis
Nilai
1. Kejujuran
2. Kegigihan
3. Ketabahan
4. Keadilan
Pengajaran
1. Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang
halal supaya diberkai oleh Tuhan.
2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki yang
halal demi keperluan keluarga.
3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan terhadap
orang yang tidak amanah.
4. Kita tidak patut mengambil kesempatan daripada
kesenangan orang lain demi memperoleh kekayaan.
SAJAK KECEK – V karya
Awang Abdullah
SAJAK
|
MAKSUD
|
1
seseorang
pengarah
membuka akaun
semasanya
di sebuah bank
ternama
tetapi dalam
diam
dia mencantum
kemiskinan
orang lain
ke dalam
amanahnya
yang telah lama
pecah
|
seseorang yang
berjawatan pengarah
telah membuka
akaun
di sebuah bank
yang terkenal
secara diam-diam
dia telah
mengambil harta orang lain yang bersusah payah menyimpannya
untuk dimasukkan
ke dalam akaunnya
dan perbuatan
ini telah lama dilakukannya
|
2
di kampung
seorang petani
membuka akaun
kemiskinannya
di ruang
kedaifan
dan mengunci
sedozen anak-anaknya
di dalam pagar
sengsara
tetapi dia tidak
pernah mencantum
kekayaan orang lain
ke dalam
getirnya
yang sudah lama
berumbi
|
di sebuah
kampung
seorang petani
yang hidup dalam
keadaan miskin
dan naif
tetap menyara
kehidupan 12 orang anak walaupun dikelilingi keperitan hidup
tetapi dia tidak
pernah mengambil
hak orang lain
untuk membantu
hidupnya yang sengsara
kerana prinsip
ini sudah lama sebati dalam hidupnya
|
3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun
sengsaranya
di rahang laut
terganga
dan mengurung
sederet anak-anaknya
di bawah pusaran
nasib
tapi dia tidak
pernah mengumpul
kesenangan orang
lain
ke dalam
kegusarannya
yang telah
sekian musim
berlumut
di papan
hidupnya
|
di pantai
seorang nelayan
menyara hidupnya
yang penuh sengsara
di tengah lautan
yang ganas
dan meletakkan
harapan anak-anaknya yang ramai atas rezeki yang diperoleh
tetapi dia tidak
pernah mengambil
kekayaan orang
lain
untuk mengubati
kegelisahannya
prinsip ini
telah lama dipupuk
dalam hidupnya
|
4
Tuhan tidak
pernah mungkir
mencatatkan
setiap angka
dan nilai
hitungan paling kecil
ke dalam
akaun-Nya
di rumah keadilan
|
Tuhan tidak
pernah mungkir janji
mencatatkan
setiap kesalahan
walaupun
kesalahan yang paling kecil
untuk dibuat
perhitungan
di muka
pengadilan
|
ASPEK-ASPEK
KOMSAS DALAM SAJAK KECEK - V
Item
|
Pernyataan
|
Huraian
|
Tema
|
Sikap manusia
|
Menyindir sikap
manusia berada yang tidak jujur dalam mengumpul harta untuk diri dan
keluarganya berbanding sikap golongan miskin seperti petani dan nelayan yang
tidak pernah menyusahkan orang lain walaupun hidup mereka susah
|
Persoalan
|
1. Kepentingan
bersikap amanah
|
Amanah penting
dalam mencari rezeki kerana wang yang diperoleh akan digunakan untuk menyara
keluarga
|
2. Sikap pecah
amanah oleh golongan berjawatan tinggi
|
Golongan
berjawatan tinggi sering kali melakukan pecah amanah kerana ingin hidup mewah
|
|
3. Tanggungjawab
menyara keluarga walaupun menghadapi keperita hidup
|
Golongan miskin
seperti nelayan dan petani tidak memikirkan kekayaan asalkan dapat menyara
kehidupan keluarga dengan titik peluh sendiri dengan wang yang halal
|
|
4. Setiap
perbuatan manusia akan dihitung dan diberi pembalasan
|
Perbuatan yang
baik pasti mendapat balasan yang baik sementara perbuatan yang jahat pasti
akan menerima pembalasan yang setimpal
|
|
5. Golongan
miskin terus dibelengu kemiskinan dan hidup susah
|
Golongan yang
miskin terpaksa mengharungi kehidupan yang susah dan perit dalam menyara diri
dan keluarga seolah-olah tiada pembelaan daripada pihak tertentu
|
|
Nilai
|
1. Amanah
|
Apabila
menjalankan tugas, lakukanlah dengan amanah dan penuh tanggungjawab
|
2.
Bertanggungjawab
|
Bertanggungjawab
mencari rezeki yang halal walaupun bergantung pada nasib
|
|
3. Kegigihan
|
Gigih berusaha
walaupun mengalami kesusahan
|
|
4. Simpati
|
Bersimpati
terhadap nasib golongan yang kurang berada
|
|
5. Rasional
|
Berfikir
semasak-masak tentang akibat yang akan diterima sebelum membuat keputusan
|
|
Pengajaran
|
1. Kita
hendaklah amanah semasa menjalankan tugas
|
Walaupun
berjawatan tinggi, sikap amanah penting semasa menjalankan tugas kerana ia
akan memberi kesan kepada diri
|
2. Kita
hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab menceri rezeki
yang halal
|
Walaupun hidup
dalam kesusahan seorang bapa perlu mencari rezeki yang halal supaya
menimbulkan keberkatan dalam hidup
|
|
3. Jangan kita
mencari kekayaan dengan cara merampas hak orang lain
|
Walaupun ingin
hidup mewah, seseorang tidak boleh mengambil hak orang lain kerana perbuatan
tersebut akan menyusahkan orang ramai
|
|
Gaya bahasa
|
1. Diksi mudah
difahami
|
Contoh : seorang
nelayan
|
2. Metafora
|
Contoh : akaun
kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara, pusaran nasib,
papan hidup, rumah keadilan
|
|
3. Perlambangan
|
Contoh : akaun,
musim berlumut
|
|
4. Aliterasi
|
Contoh : dan
mengunci sedozen anak-anaknya
|
|
5. Asonansi
|
Contoh : di
dalam pagar sengsara
|
|
6. Perulangan
perkataan ’di’
|
Contoh : di
sebuah, di pantai

No comments:
Post a Comment