Monday, 12 August 2013

PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN


PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak.   Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.


     ................................... Dalam mengharungi kehidupan yang penuh mencabar pada alaf baru ini, ilmu amat memainkan peranan yang sangat signifikan buat segenap lapisan masyarakat di pelosok dunia.  Tanpa ilmu, seseorang itu tidak akan ada hala tuju malah hidupnya akan teraba-raba dalam meraih kejayaan di maya  ini.  Ilmu hanya akan diperoleh dan dimantapkan dengan amalan membaca. ......................................... Persoalannya sekarang, bagaimanakah ibu bapa dapat memainkan peranannya dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak?  Persoalan yang mewarnai fokus perbincangan ini akan terjawab dan akan dikupas sebentar lagi untuk kepentingan bersama.

     Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah ibu bapa berperanan dominan dalam menjadi suri teladan  kepada anak-anak mereka.   Hal ini demikian  kerana sebahagian masa anak-anak banyak dihabiskan di rumah.  Lantaran itu, ibu bapa perlu mengambil kesempatan ini untuk memberikan teladan mahupun bimbingan dengan menjadikan amalan membaca sebagai rutin harian.  Contoh yang paling mudah dapat dipraktikkan oleh ibu bapa adalah dengan membaca surat khabar atau majalah berinfomasi ketika ada waktu terluang.  Impaknya, sudah tentu anak-anak yang terbiasa melihat perilaku ibu bapa akan terikut-ikut amalan tersebut kerana bapa ................................................  dan ..................................... kalau tidak ke nasi.  Jelaslah bahawa peranan ibu bapa sebagai idola kepada anak-anak mereka sangat vital dalam memupuk amalan membaca ini.

     Hendak seribu daya,....................................................  Dalam konteks ini ibu bapa hendaklah membelikan bahan bacaan yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai hadiah kepada anak-anak.  Mengapakan ibu bapa perlu berbuat demikian? Hal ini kerana hadiah berupa bahan-bahan bacaan bermanfaat sempena kecemerlangan anak-anak dapat menjadi pencetus kepada amalan membaca dalam diri anak-anak.  Selain itu, ibu bapa boleh juga menjadi penglipur lara kepada anak-anak tatkala waktu malam dengan membacakan cerita-cerita yang mempunyai unsur pengajaran sebelum anak-anak melelapkan mata mereka.  Secara analoginya, anak-anak yang tertarik dengan cerita tersebut akan membaca buku untuk mengisi masa lapang mereka.  Tegasnya, pembelian dan pemberian bahan-bahan bacaan yang mengandungi pelbagai info oleh ibu bapa dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak mereka.

     Sementelahan, dalam memupuk amalan membaca ini, ibu bapa sewajarnya menyediakan ruangan khas atau sudut-sudut tertentu untuk dijadikan sebagai gedung ilmu di rumah.  Bertitik tolak daripada itu, ruangan ataupun sudut khas ini perlulah dilengkapi dengan pelbagai variasi buku yang menarik serta meja dan kerusi untuk menjadikan suasana membaca lebih kondusif. Sebagai contoh, ibu bapa boleh  mengindahkan sudut ini dengan warna yang menarik untuk menceriakan sudut bacaan ini lagi.  Impaknya, anak-anak akan suka menjadikan sudut ini sebagai medan untuk meningkatkan ilmu  ketika waktu senggang mereka.  ................................................., sudut bacaan ini perlulah disediakan dan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh ibu bapa bagi merangsang minat membaca dalam diri anak-anak.



     Akhirulkalam, dalam  memupuk amalan membaca ini, setiap ibu bapa hendaklah bersinergi dan mengorak langkah yang pragmatik lagi efektif untuk merealisasikan hasrat murni ini.  Oleh itu, usaha  hendaklah dijalankan bersungguh-sungguh, bukannya sekadar ............................. tahi ayam mahupun ............................. di tangga.  Sesungguhnya sebelum ........................ bubur, komitmen ibu bapa amat diperlukan bagi membudayakan amalan membaca dalam meneruskan kelangsungan melahirkan masyarakat yang celik ilmu.  Dengan itu, aspirasi kerajaan dalam mencapai visi kudsi Wawasan 2020 akan terlaksana dengan mudahnya.  

1 comment: