Erti Sebuah Pengorbanan
(Zaihanim Abidin)
SINOPSIS - Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan
satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai,
Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia
dapat menyatukan semula ibu dan bapanya.
Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di
sekolah atau di rumah. Kedua-duanya
sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang
masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca
dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand .
Di sekolah, Iman merupakan seorang
pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain. Namun,
Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial
ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman
sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada
pertandingan pidato yang mereka sertai.
Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara
dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah.
Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari
mengganggu ketenangan Iman. Ayahnya
memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial. Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial
terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini menyebabkan Adif Danial memberontak
dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan
diri dengan Linda.
Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri
dan Puan Sofia tidak jadi berkahwin.
Iman kembali mesra dengan ayahnya.
Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah. Pertandingan ini turut disaksikan oleh
ayahnya. Kejahatan Linda terbukti
apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.
Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman. Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya
pergi ke New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan
Iman.
PERSOALAN
1. Persoalan pengorbanan
Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk
berkahwin
kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan
tersebut. Ayah Iman akur
dengan permintaan Iman agar beliau
berbaik-baik dengan bekas isterinya semula.
Adif
Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.
2. Persoalan ketabahan
Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan
oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand , dia menyesuaikan
dirinya
tinggal dengan datuk dan
neneknya di kampung. Segala masalah
dihadapinya tanpa
merungut malahan dia lebih berazam untuk
berjaya.
3. Persoalan hubungan persahabatan
Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta
sama-sama
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili
sekolahnya ke
peringkat daerah.
4. Persoalan taat kepada perintah agama
Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang
dihajatinya tercapai.
PERINGKAT PLOT
Permulaan
Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang
tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya
setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya. Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana
ibunya melanjutkan pelajaran ke New
Zealand .
Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan
hasrat untuk menyatukan mereka semula.
Perkembangan
Dia amat senang berkawan
dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung. Mereka sering
bersama-sama ke sekolah. Pei Wen
dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama. Iman dan ibunya sering berhubung melalui
kiriman e-mail.
Perumitan
Linda, rakan sekelas
Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu
berbaik-baik dengan Iman. Hal ini
menghairankan Iman. Apabila Cikgu Julia
mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi
pesaingnya. Kemunculan Adif Danial yang
berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan
Linda. Linda menyuruh Iman menarik diri
daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman.
Puncak
Iman memenangi
pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih
walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi
menyertai pertandingan tersebut. Dua
hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang. Namun dia cekal. Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada
hari pertandingan.
Peleraian
Datuk dan nenek
mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman. Berita yang paling menggembirakan Iman ialah
bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand
bertemu dengan ibunya.
TEKNIK PLOT
1. Dialog
Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei
Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.
2. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri
ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand .
3. Imbas
kembali
Iman
terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.
4. Suspens
Pembaca
tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri
ketika pertemuan mereka di sekolah.
WATAK & PERWATAKAN
Watak
Utama
Iman
Zulaikha
Ø Pelajar
tingkatan satu
Ø Penyayang
Iman
amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan
mereka semula.
Ø Gigih
Iman gigih berlatih untuk memenangi
pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya
menjadi johan.
Ø Pemaaf
Iman
merupakan seorang yang pemaaf. Dia
memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan
mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
Ø Berani
Iman
berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan
pidato agar memberi laluan kepadanya.
Watak Sampingan
Cikgu Julia
Ø Merupakan
guru kelas Iman Zulaikha.
Ø Seorang
guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.
Ø
Telah
banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di
sekolahnya.
Ø Merupakan
sahabat baik Iman.
Ø
Belajar dalam kelas yang
sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.
Adif Danial.
Ø Merupakan
sahabat baik Zulkarnain.
Ø Rakan
sekelas Iman Zulaikha.
Ø Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.
Linda
Ø Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik
semula dengan Iman Zulaikha.
Latar
Masa
Ø Pada
waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.
Ø Pada waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen
membeli barang di pasar raya.
Ø Pada waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand .
Latar Tempat
Ø Sekolah
Ø Rumah
datuk dan nenek Iman
Tempat
tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand .
Ø Port
Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya
bersiar-siar ke Port Dickson.
Ø Kampung
Iman tinggal bersama-sama
dengan datuk dan neneknya di kampung.
Latar
Masyarakat
Ø Masyarakat
pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh
Iman, Linda , Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.
Ø Masyarakat
kampung
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.
Ø Masyarakat
yang patuh kepada agama
Datuk
selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.
NILAI
1. Nilai
kasih sayang
Iman
amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi
Iman.
2. Nilai
ketabahan
Iman
tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam
pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah
3. Nilai
kerajinan
Iman
merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
![]() |
1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah
kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.
2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam
sesuatu pertandingan.
3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan
mengulang kaji pelajaran.
NILAI
a) kasih sayang
Iman Zulaikha merupakan
seorang gadis berusia 13 tahun yang sangat penyayang.
Beliau sangat sayangkan keluarganya. Iman
Zulaikha telah cuba berusaha untuk
menyatukan kembali ikatan kekeluargaan antara emak dan ayahnya yang telah
berpisah kerana beliau
sangat sayangkan kedua ibu bapanya. Akhirnya kedua ibu
bapanya dapat bersatu
kembali.
b) Kegigihan
Iman Zulaikha seorang yang
kuat berusaha dan gigih dalam melakukan sesuatu
tugasan yang diberikan guru kepadanya. Buktinya beliau telah gigih berlatih
bersungguh-sungguh untuk
menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah dan
daerah. Akhirnya beliau
telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan menjadi
Johan.
c) Pemaaf.
Iman Zulaikha merupakan
seorang yang pemaaf. Dia sanggup memaafkan kesalahan
kawan sekelasnya, Linda
yang telah banyak menyakiti hati dan perasaannya. Dia
turut memaafkan kesalahan
Linda yang pernah menolaknya sehingga
hatuh tangga
dan mengambil diari serta
teks pidatonya sebelum pertandingan.
No comments:
Post a Comment