Isu : Semangat patriotik
Kehendak Soalan: Usaha oleh ibu bapa
Dalam mendepani era modenisasi pada
abad ke-21 kini,dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan
tumbuh selepas hujan.Negara yang pesat membangun seperti cendawan tumbuh
selepas hujan.Negara yang semakin pesat membangun seperti tumbuh sama basah
timbul samahanyut seiringan dengan negara maju yang lain.Namun semangat patriotik
masih gagal difahami oleh keseluruhan remaja di Malaysia.Biasanya,semangat
patriotik perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan
peringkat umur di bumi Malaysia yang sedang membangun ini.Anak-anak muda pada
hari ini lebih suka berfoya-foya dan melakukan kegiatan yang tidak bermoral
sehingga mencemarkan nama baik negara. Dari segi konsepnya,semangat patriotik
boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta dan kasih akan tanah air.Perasaan
sedemikian harus disemai dan dipupuk sejak kecil lagi agar lebih menyayangi dan
mencintai negara.Semangat patriotik ini sekali gus membuktikan,menghayati dan
menghargai pengorbanan para pejuang negara terdahulu.Namun malangnya,remaja
kini kurang menghayati perkara tersebut dan hal ini berpunca daripada kurangnya
penekanan yang tegas dan serius oleh ibu bapa. Oleh itu,terdapat pelbagai
langkah yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak.
Sudah
terang lagi bersuluh,peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak lebih
menghayati semangat patriotik ialah ibu bapa perlu membelikan anak-anak
buku-buku yang bercorak sejarah sejak kecil lagi.Hal ini kerana,mereka serba
sedikit mula berfikir tentang bahan yang dibacanya.Tidaklah rugi sekiranya mendedahkan
mereka dengan perkara sebegini sejak kecil sebaliknya ini adalah satu langkah
efektif yang boleh dilakukan kepada anak-anak.Tidak dapat dinafikan bahwa
berkemungkinan besar mereka tidak akan begitu memahami apa-apa yang dibacanya
tetapi tidak mengapa asalkan mereka sudah diberi pendedahan dan lambat laun
apabila sudah semakin besar kelak,mereka akhirnya akan memahami bahan bacaannya
dengan lebih terperinci untuk memastikan anak-anak tidak mengalami kebosanan
apabila membaca kisah semangat patriotik,ibu bapa bolehlah membacanya
bersama-sama anak-anak.Hal ini bertepatan dengan aforisme,meluntur bulu biarlah
dari rebungnya.Oleh itu,ibu bapa tidak seharusnya cepat berputus asa malah
meneruskan usahanya sedikit demi sedikit tanpa sebarang rungutan di hadapan
anak-anak yang kian membesar dan memahami.Sekiranya ibu bapa berjaya
melaksanakan usaha sedemikian,nescaya apabila anak-anak sudah bergelar remaja
mereka akan lebih memahami soal semangat patriotik dan akan menghormatinya.
Memetik
wasitah nirmala seterusnya,ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik
terhadap anak-anak.Hal ini kerana,sekiranya ibu bapa mengamalkan semangat
patriotik nescaya anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka.Hal ini
bertepatan dengan peribahasa Melayu,air perabung mengalir ke cucur atap.Ibu
bapa boleh menarik perhatian anak-anak kepada unsur patriotisme.Harus
diingatkan juga bahawa anak-anak tidak akan melakukan sebarang perkara di luar
jangkaan.Sebagai contoh,memijak dan membakar bendera dan sebagainya.Pemantauan
ibu bapa boleh dianalogikan seperti sayap yang sentiasa melindungi
badannya.Menurut Dato’ Dr Hj. Fadzillah Kamsah,ibu bapa yang bijak dalam
membimbing dan mengatur hidup anak-anak serta berjaya mengawasi anak-anak
mereka akan melahirkan sikap anak-anak yang mulia dan sentiasa
bertanggungjawab.Sekiranya,ibu bapa berjaya menjadikan dirinya sebagai ikon
kepada anak-anak,nescaya semangat patriotik ini dapat diserap dan dihayati
dalam diri anak-anak.
Walakin,ibu
bapa juga boleh menggalakkan dan membawa anak-anak menyertai pertandingan yang
berunsurkan semangat patriotisme.Misalnya seperti kuiz sejarah yang menyatakan
dan memajukan soalan yang berkaitan tokoh-tokoh negara,nama pemimpin-pemimpin
negara,peristiwa bersejarah negara Malaysia dan sebagainya.Selain itu, ibu bapa
perlu membawa anak-anak untuk menyertai pertandingan pidato yang berhubunh
tentang kenegaraan atau forum perdana.Hal ini kerana,anak-anak akan lebih
berusaha untuk mencari jawapan mahupun maklumat yang berkaitan dengan patriotik.Hal
ini sekali gus membawa anak-anak mahupun remaja mendalami sejarah negara dan
sebarang peristiwa yang pernah berlaku di negara kita suatu ketika dahulu.Kesan
daripada penglibatan mereka dalam perkara sebegini adalah dapat meningkatkan
daya pemikiran dan tahap opengetahuan mereka.Tugas mereka di bumi Malaysia ini
ialah untuk menjadi seorang individu yang sentiasa bertanggungjawab dan
mempunyai nilai kesedaran yang tinggi dalam diri mereka.Mereka juda perlu
menerima sebarang kemajuan dan sentiasa berfikiran terbuka dalam perkara yang
positif.Janganlah mereka menjadi seperti sepuluh jong masuk kuala anjing tetap
bercawat ekor.Oleh itu,para remaja seharusnya mulai sedarakan semangat
patriotik di dalam diri masing-masing supaya hidup akan lebih mengingati jasa
dan pengorbanan orang terdahulu.
Selain
itu,ibu bapa juga seharusnya membawa anak-anak menghadiri kempen yang berkaitan
dengan patriotisme.Sebagai contoh,kempen yang mempamerkan gambar-gambar tokoh
negara,pejuang-pejuang tanah air,risalah yang menceritakan soal tanah Melayu
dahulunya dijajah oleh kuasa luar dan sebagainya.Hal ini kerana,akan wujud
keinsafan yang ikhlas dalam diri anak-anak.Cukup sekadar mereka memahami dan
menghormati semangat patriotik sudah jelas melahirkan mereka sebagai seorang
insan yang berguna dan bertanggungjawab demi menjaga keamana negara.Selain
itu,apabila tiba hari kemerdekaan,ibu bapa boleh membawa anak-anak
menghadirinya dan meraikannya diri dalam sebarang aktiviti pada Hari
Kemerdekaan seperti perarakan,kibaran jalur gemilang,pembentukan logo dan
sebagainya.Pemimpin negara yang mesra rakyat seperti Dato’ Seri Mohd Najib Bin
Tun Hj Abdul Razak juga telah menarik minat para remaja yang semakin mencintai
negara Malaysia dan berjaya menyematkan semangat patriotik dalam diri
mereka.Oleh itu,amatlah penting bagi semua pihak untuk berganding bahu dan
menyemarakkan semangat patriotik dalam diri mereka.
Sebagai
intiha,semangat patriotik yang juga merupakan semangat cinta akan tanah air
seharusnya disemai dalam jiwa para remaja.Hal ini kerana,semangat patriotik
kian luntur dan hanya dipandang remeh.Perkara ini semakin membimbangkan ramai
pihak dan harus ditangani sebelum menular mahupun menjadi lebih
serius.Sememangnya,semangat patriotik dalam kalangan remaja semakin berkurangan
hari demi hari.Semoga semangat patriotik ini tidak luput dalam jiwa
anak-anak.Oleh itu,kita perlu menyusun saf daripada sekarang sebelum
terlambat.Sekiranyan semangat patriotik ini berjaya meresap dalam jiwa
anak-anak.nescaya negara kita,Malaysia mampu melahirkan lebih ramai individu
yang prihatin,bersatu-padu dan bertanggungjawab demi mempertahankan tanah air
yang tercinta ini 1Malaysia teras perpaduan.
karangan menarik...😀
ReplyDelete