CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Dalam
mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara
membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat
membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan
negara maju lain. Namun isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik
dalam kalangan marhaen di Malaysia .
Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan
yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit
bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang
tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak
kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah
Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan,
belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita
disaat kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti, awan
yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang
signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua
lapisan masyarakat.
Sudah terang lagi bersuluh cara
memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada
anak-anak. Hal ini kerana, jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan.
Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka
mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi. Sebagai
contoh ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun
mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah
tidak sombong dengan jiran agar dapat memiupuk semangat kejiranan. Biasanya ibu
bapa yang berfikiran terbuka dan luas akan mendidik dan mengajar anak mereka
dengan ilmu agama yang secukupnya supaya mereka menjadi jiran yang baik dan
dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Natijahnya, semangat
kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa
sekaligus dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni. Ibu bapa perlu menjadi suri
teladan kepada anak-anak bertepatan dengan aforisme anak-anak ibarat kain putih
, ibu bapa bertanggungjawab mencorakkannya. Hal ini boleh dianologikan seperti,
anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya. Menurut Albert Einstein,
agama tanpa amal adalah buta manakala amal tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu,
ibu bapa perlulah memberi ajaran agama yang secukupnya dan menjadi
suri teladan kepada anak-anak supaya mereka dapat mencontohi dan menjadi jiran
yang baik dan bertanggungjawab. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat
dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan
bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke arah
kemajuan negara pada masa akan datang.
Memetik
wasitah nirmala seterusnya minhaj untuk memupuk semangat kejiranan dalam
masyarakat setempat di Malaysia
ialah kita perlu bertegur sapa dengan jiran kita yang lain. Hal ini demikian,
kita akan dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim. Biasanya jiran yang berwawasan dan cemerlang mampu memupuk
semangat kejiranan. Jiran yang berwawasan bertepatan dengan peribahasa bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Menurut Tun Dr. Mahathir,
jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita
perlu bertegur sapa bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu
padu.
Dari sudut
kodifikasi yang berbeza, prakarsa yang berkesan yang perlu dilakukan oleh kerajaan
ialah mengadakan kempen kesedaran untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat pada hari ini terlalu
mementingkan diri sendiri dan bodoh sombong Kempen mampu menyedarkan segenap
lapisan marhaen di negara kita akan kepentingan semangat kejiranan.Amsalnya,
Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengadakan jamuan Rumah Terbuka 1 Malaysia
setiap kali tibanya Aidilfitri sebagai meraikan kepelbagaian bangsa dan agama
di negara ini. Selain mempromosikan negara, rumah terbuka mampu mempererat
hubungan pelbagai bangsa supaya lebih memahami dan mengenali budaya masyarakat
berbilang . Hal ini kerana, tak kenal maka tak cinta dan jiran sepakat membawa
berkat. Selain itu, komuniti Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela merupakan
elemen terpenting dalam mempromosikan kempen supaya lebih segar dalam sanubari
rakyat Malaysia .
Sekiranya, kempen yang digerak kerangka mampu menjadi wadah semangat kejiranan
maka rakyat Malaysia
mampu menjadi bangsa kelas pertama di persada dunia.
Sebagai pengitlakkannya, isu semangat
kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia . Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang
mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh. Sememangnya negara kita tidak memiliki
semangat kejiranan kerana masing-masing mementingkan diri sendiri dan tidak
mengambil tahu tentang hal orang lain. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat
kejiranan bermula daripada sekarang. Golongan remaja seharusnya
menyuburkan semangat kejiranan seperti burung jentayu yang patah sayap
bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan
kuku dalam menyuburkan semangat kejiranan. Sekiranya masyarakat berjaya
mengamalkan semangat kejiranan maka negara Malaysia akan melahirkan generasi
yang berdisiplin dan berhemah.
Petang hari memancing
ikan,
Terlupa janji dengan Pak Musa;
Semangat
kejiranan perlu diamalkan,
Agar
negara aman sentosa.
boleh saya tahu maksud sebenarnya wasitah nirmala ??
ReplyDeletenoob
ReplyDeleteBombastik ayat yang digunakan.Syabas!And saya berpendapat,admin mungkin pelajar yang mendapat gred yang baik kot untuk bahasa melayu dia.Hahaha,kot.Terima Kasih Atas penghasilan karangan ini.Very Helpful.
ReplyDeleteBoleh anda jelaskan bagaimanakah anda boleh membuat karangan yang bombastik begini??
ReplyDelete