KELUARGA BAHAGIA PEMANGKIN KECEMERLANGAN PELAJAR
Tanam pisang layu-layuan,
Dibawa pendeta dari selatan.
Salam perdebatan saya
ucapkan,
Pada semua ahli persidangan.
Assalammualaikum dan
selamat sejahtera.
Terima kasih tuan speaker
dewan,kombinasi hakim yang berpasakkan pada panji keadilan,pihak pembangkang
yang cukup cukup bijak menegakkan benang basah,paduan mantap kerajaan yang
menegakkan keadilan dan sidang dewan sekalian.
“keluarga Bahagia Pemangkin Kecemerlangan
Pelajar”
satu usul yang mungkin
bersifat konvensional tetapi sering dipolemikkan oleh pelbagai pihak. Sebelum
sauh saya labuhkan,sebelum kapal saya layarkan dan sebelum medan perbahasan
saya mulakan izinkan saya untuk mendefinisikan frada-frasa penting yang
terdapat dalam usul kami pada hari ini.
Keluarga bahagia saya
takrifkan sebagai satu institusi rumah tangga yang terdiri daripada ibu ,bapa
dan anak-anak yang hidup dalam keadaan aman damai tanpa sebarang
pergeseran.Manakala pemangkin kecemerlangan pelajar pula kami
manifestasikan sebagai pencetus kegemilangan pelajar. .Secara tuntasnya,
saya di pihak kerajaan ingin menekan bahawa keluarga bahagia pemangkin
kecemerlangan pelajar.
Sidang dewan sekalian,
Sekali lagi
saya ingin tegaskan di sini
bahawa kami selaku pihak kerajaan amat bersetuju dengan usul yang di.bangkitnya
ini. Saya selaku Perdana Menteri akan mendefinisikan tajuk dan mengemukakan
hujah dari aspek persekitaran yang kondusif yang berjaya diwujudkan oleh
keluarga bahagia. Duduknya saya bangkit pula timbalan Perdana Menteri yang akan
mengemukakan hujah dari aspek genetik dan perhatian daripada ibu bapa.Duduknya
Timbalan Perdana Menteri bangun
pula menteri ketiga yang akan membidas
segala hujah songsang lagi pincang yang bakal dikemukakan oleh pihak
pembangkang.
Sidang dewan sekalian,
Tiga komponen utama
kualiti peribadi seseorang ( personal quality ) ialah high
self-esteem (harga kendiri yang tinggi), hubungan interpersonal yang baik dan keupayaan menghasilkan kerja
yang berkualiti.
Maka atas landasan tersebut hujah kami yang pertama atas kata
kunci faktor persekitaran yang berjaya
diwujudkan oleh ibu bapa dapat menjana kecemerlangan pelajar. Hal ini demikian
kerana faktor persekitaran yang selesa yang diwujudkan oleh ibu bapa dapat
memberi satu suasana kondusif buat anak-anak yakni pelajar. .Cuba kita
bayangkan dapatkah seseorang pelajar berada dalam ketenangan jika keadaan di dalam
rumahnya umpama medan peperangan? Ibu
bapa yang sering bercanggahan pendapat,bertikam lidah dan bercakaran sesama
sendiri akan menimbulkan rasa steress dalam diri anak-anak. Gajah
sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah..Apabila ini berlaku
maka pelajar ini akan menghumbankan diri ke dalam kancah gejala sosial dan
seterusnya mereka tidak mempunyai masa untuk ke sekolah lantas ketinggalan
dalam pelajaran dan usaha ke arah penbentukan pelajar cemerlang akan
terbantut..Maka keadaan ini sudah pasti menjejaskan aspirasi negara ke arah
negara adikuasa menjelang 2020 . Penyair terkenal Arab iaitu Syauqi ada
menyebut; Kekalnya bangsa kerana mulia akhlaknya. Musnahnya bangsa kerana
runtuh akhlaknya. Falsafah Tao juga ada menyatakan
bahawa untuk hidup setahun tanamlah gandum. Untuk
hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan untuk hidup selama-lamanya tanamlah
jiwa. Pepatah Melayu pula ada
menyebut; jika asal benih yang baik
tercampak ke laut menjadi mutiara, terhumban ke darat menjadi permata, terawangan
di angkasa menjadi kejora.
Begitulah gambaran signifikan dan dominannya peranan
keluarga dalam pembentukan sahsiah dan
kecemerlangan pelajar.
Sidang dewan warga
persidangan sekalinan,
Konklusinya, keluarga
bahagia pemangkin kecemerlangan pelajar. Justeru, budaya cemerlang melalui
pendekatan yang progresif, semangat iltizam, kompeten, futuristik dan komitmen
yang tinggi amat diperlukan bagi membolehkan lahirnya insan pelajar cemerlang
yang berkarisma serta insan kamil dan syumul di dunia dan akhirat. Hal ini juga
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Oleh itu, segala
inisiatif dan prakarsa yang diimplimentasikan biarlah berkesan bak kata
pepatah; lenggoknya biar bergaya tetapi mengena, tarinya biar senada tetapi
berbisa, dan langkahnya biar lembut tetapi kejap.
Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kami
yakni pihak kerajaan bersetuju dengan usul ini dan tidak akan berpaling
daripada pendirian kami.Jika
anda ingin tahu keluasan padang tanyalah kepada belalang,jika anda ingin tahu
kedalaman laut tanyalah kepada ikan,jika anda ingin tahu ketinggian awan
tanyalah kepada helang tetapi jika anda ingin tahu kebenaran tanyalah kepada
kami pihak kerajaan dan bukannya pihak pembangkang yang lembut lidah
daripada tulang.
Tuai
padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan.
Intai
kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Sekian, salam
persidangan.
No comments:
Post a Comment