Wednesday 14 August 2013

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak


Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak dalam membentuk masyarakat yang cemerlang.

          Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Demikianlah satu proklamasi yang menggambarkan kepentingan golongan remaja atau lebih dikenali sebagai generasi Y dalam menerajui kepimpinan negara suatu ketika nanti. Namun, sayang seribu kali sayang, dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan sahmura ini. Menurut kajian yang sahih antara masalah yang membabitkan golongan ini sehingga menjadi buah mulut orang ramai dan menimbulkan kontroversi  ialah gejala vandalisme, buli, gangsterisme dan entah seribu satu macam lagi gejala. Adakah salah ibu yang mengandung atau bapa yang mendukung? Oleh itu, keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial lantaran institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Persoalan yang bermain di ruang legar minda kita ,  apakah peranan yang perlu dilaksanakan oleh institusi keluarga dalam menangani masalah yang menjadi duri dalam daging ini?
Peranan yang dianggap dominan ialah golongan ibu bapa wajar mencurahkan kasih  sayang kepada anak-anak mereka. Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini kerana ibu bapa bertanggungjawab  mengasuh anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan atau materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan urusan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Sebagai uswah, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama dengan anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah sedar  bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sudah terang lagikan bersuluh, ibu bapa perlu mengimbangi kepentingan keluarga dan tuntutan kerjaya  kerana anak-anak  amat memdambakan kasih sayang seorang bapa dan ibu.
                       Bukan itu sahaja, pada masa yang sama, golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!  Lantaran itu, ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral mampu mendorong remaja  membezakan antara intan dengan kaca lantas melatih remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna.Secara analoginya, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak kecil  kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justifikasinya, didikan agama yang dibekalkan dapat memastikan  anak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam kancah maksiat atau  tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga.
                         Peranan terakhir yang juga dianggap signifikan termasuklah  ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, Ibu bapa  perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa mereka merupakan cermin kepada anak-anak. Cuba kita bayangkan, dapatkah ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok  mendidik  anak-anak mereka agar tidak merokok juga? Tepuk dada tanya selera! Ghalibnya, ibu bapa perlulah mengatasi setiap kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah pada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh yang anaknya berjalan betul.  Izharnya, melalui contoh yang baik, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.
                        Sebagai penutup wacana, gejala sosial yang menjadi api dalam sekam perlu dihapuskan dari akar umbinya kerana api kecil baik dipadam. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan ampuh bagi memastikan golongan remaja tidak akan dijangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, mereka perlu dibimbing agar  menjadi modal insan  yang berintegriti dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan dan bukan retorik semata-mata.

9 comments:

  1. Karangan yang sangat, sangat bagus

    ReplyDelete
  2. INGIN CEPAT JADI JUTAWAN YUK MARI GABUNG SEKARANG JUGA

    KharismaPokerMenjadiSitusBandarQOnlineTerprcayaIndonesia
    Promo yang diberikan :
    Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
    Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan DANAMON.
    Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
    Online 24 jam setiap hari meskipun hari libur nasional.
    Link Alternatif Kharismapoker :
    www.khpk288.net
    www.kharismapkr.com
    www.kharismaqiu.com
    CS nya yang ramah , siap melayanani anda 24 jam
    Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
    Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
    Contact resmi kharismaPoker :

    Telp :+85588278896
    BBM;dc7cdd80
    WA: +85588278896

    ReplyDelete
  3. Apakah maksud golongan sahmura?

    ReplyDelete