Pages

Enjin Carian

Monday, 5 August 2013

Skema Kertas 1 Bahagian A SPM


KRITERIA PENSKORAN - Bahagian A : Karangan berdasarkan Bahan Rangsangan
 (30 markah)


PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

Cemerlang

26 – 30

(28 – 30)

(26 – 27)

·         Karangan menepati tema bahan rangsangan.
·         Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.  Penggunaan tanda baca betul dan tepat.  Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.  Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
·         Wacananya lengkap.  Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
·          Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian


20 – 25

(23 – 25)

(20 – 22)


·          Karangan menepati tema bahan rangsangan
·       Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.  Tanda baca betul dan tepat.  Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi baru.  Penggunaan kosa kata luas.
·        Wacananya lengkap.  Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
·   Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

Memuaskan


15 – 19

(17 – 19)

(15 – 16)


·         Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.
·         Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.  Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.  Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.  Penggunaan kosa kata umum.
·         Wacananya masih lengkap.  Unsur bahasa masih bervariasi.
·     Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

Kurang memuaskan

10 – 14

(12 – 14)

(10 – 11)


·         Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan.
·         Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.  Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara.  Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara.  Penggunaan kosa kata terhad.
·         Wacana kurang lengkap.  Unsur bahasa kurang bervariasi.
·   Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.

Pencapaian minimum

01 – 09

(06 – 09)

01 – 05)

·         Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
·         Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
·         Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.


Ungkapan menarik: peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata   hikmat, dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment