Gambar rajah di bawah
menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya
hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan
oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Amalan
Amalan
Pemakanan Seimbang Bersukan dan
Beriadah Pemeriksaan
Kesihatan
Badan
cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut dengan jelas menggambarkan kepentingan amalan
gaya hidup sihat
kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat,
seseorang akan sentiasa sihat, cergas
dan bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan.
Mengikut kajian yang dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan
dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui
amalan hidup yang sihat. . Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan
produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti
negara. Terdapat pelbagai amalan gaya hidup sihat yang
sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Lantaran itu, persoalan yang
perlu dirungkaikan apakah amalan-amalannya?
Salah satu
amalan signifikan yang perlu diamalkan
ialah amalan pemakanan seimbang. Tak tumbuh tak melata! Hal ini
disebabkan tubuh orang yang mengamalkan
pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai
uswahnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau
mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti
penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat
dielakkan kerana mencegah
penyakit lebih baik daripada
mengubatinya. Sudah terang lagikan bersuluh, kehidupan yang bahagia tanpa
penyakit dapat dicapai melalui amalan pemakanan yang sihat dan simbang.
Sementelahan,
amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan dan
riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan
melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Biar kita ambil contoh yang dekat dengan kita,
seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang
basikal, berjoging, atau berenang pada waktu lapang demi memperoleh kehidupan
yang sihat. . Jika badan seseorang itu
sihat dan cergas, sudah pastilah daya
pemikirannya juga cerdas kerana minda
yang cerdas datangnya daripada fizikal yang cergas. Selain itu, badan
yang cergas dan sihat kan
menjadikan seseorang itu lebih aktif ketika melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang dianggap serampang
dua mata ini perlu dijadikan amalan hidup kita seharian. Jelaslah bahawa
bersukan dan beriadah mendatangkan
banyak maslahat kepada fizikal dan minda kita.
Amalan
terakhir yang tidak dapat diketepikan sama sekali ialah seseorang itu perlu
melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengapakah amalan ini perlu
diraktikkan? Hal ini kerana amalan
tersebut akan memastikan anggota dalaman
tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas
berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya, contohnya penyakit jantung
koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal
melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah
pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana alat-alat
perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. Justifikasinya, masa dan wang
ringgit dapat dijimatkan melalui amalan tersebut.
Secara
tuntasnya, amalan gaya
hidup sihat seyogianya perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang
sihat. Dengan itu, semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan perlulah
mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan kehidupan yang sejahtera. Sekiranya langkah tersebut
tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi realiti. Oleh
itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas tidak akan menjadi
fatamorgana jika semua pihak saling
berpegang pada prinsip yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kalau bukan kita siapa lagi!
membantu
ReplyDeletebagus...
Sangat bagus... Alhamdulillah akhirnya dpt gakk idea.harap masuk dalam karangan pt3.
ReplyDeleteHarap2 masok....pt3
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBAGUS............
ReplyDeleteharap masok dlm................... pt3 kot
ReplyDeleteHarap masuk dlm PT3
ReplyDeletePLS BE IN PT3
ReplyDeleteminta copy unutk rujukan
ReplyDeleteterima kasih..:)
minta copy unutk rujukan
ReplyDeleteterima kasih..:)
Bagus. KARANGAN ini sangat menolong saya.terima kasih
ReplyDeleteBoek
ReplyDeleteTerbaikkkkk
ReplyDeleteTerbaikkkkk
ReplyDeleteBAGUSLAH
ReplyDeleteBAGUSLAH
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBAGUSLAH
ReplyDeleteArtikel ni memang membantu :) thumbs up author. Saya rasa kempen kempen untuk menyedarkan masyarakat perlu ditambah dan ibu bapa harus mengalakkan dan mengajar tentang Gaya Hidup Sihat
ReplyDeletebagus karangan
ReplyDeleteso best
ReplyDeleteminta guna sebagai rujukan buku skrap tq
ReplyDelete:-)
ada berapa patah perkataan
ReplyDeleteppap
ReplyDeletemohon copy ye...sangat berguna
ReplyDelete