Wednesday 14 August 2013

Penggunaan Peribahasa Dalam karangan Dimensi Keluarga


Penggunaan Peribahasa Dalam karangan Dimensi Keluarga

1.      Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

2.      Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;  anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

3.      Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.

4.      Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persis kata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.

5.       Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik

6.      Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk membezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga  merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.

7.      Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga.

8.      Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 

9.      Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.

10.  Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah  meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.

11.  Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.

12.  Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan  pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.

20 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu. saya mohon kebenaran untuk mengambil dan membuat sedikit pengolahan sebagai nota tambahan kepada pelajar saya. T.Kasih

    ReplyDelete
  2. tq teacher as i will take this copy to my student^^
    gratitude heart

    ReplyDelete
  3. esok spm mohon doakan ye semua..agar fikiran saya tenang :p. i will take this copy.

    ReplyDelete
  4. Peribahasa apa yg sesuai untuk keluarga bahagia

    ReplyDelete
  5. Halohalohalohalo

    ReplyDelete
  6. Thanks for this fact. Berguna sangat untuk saya membuat latihan di rumah

    ReplyDelete
  7. peribahasa apa yang sesuai dalam karangan cara cara mewujudkan keluarga bahagia yee...

    ReplyDelete
  8. apa peribahasa untuk 'tidak mendengar nasihat ibu bapanya'

    ReplyDelete
  9. dimana ada jalan, di situ ada highway

    ReplyDelete
  10. Peribahasa apa yang sesuai untuk karangan kebaikan rumah terbuka

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum cikgu..saya mohon kebenaran untuk mengambil dan membuat nota tambahan ya��

    ReplyDelete
  12. Sangat difahami...terima kasih

    ReplyDelete