Penggunaan Peribahasa Dalam karangan Dimensi Keluarga
1.
Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada
sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon
pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan
keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
2.
Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu
mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih
seperti kata peribahasa; anak
kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
3.
Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru
mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan
sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus,
sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
4.
Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persis kata orang tua-tua bapa
borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi
hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.
5.
Lantaran itu, ibu
bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai
menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering
melibatkan diri dalam kebejatan sosial
dan budaya hedonisme yang begitu
cepat merebak bagai virus epidemik
6.
Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu
anak-anak akan tahu cara-cara untuk membezakan
antara
intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.
7.
Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing
dengan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga.
8.
Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian
yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang
terungkap dalam kata-kata mutiara pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara
9.
Melihat
kepada senario masyarakat kontemporari,
ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik
dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan
para remaja tidak terlibat dalam kemelut
sosial.
10.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun
lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan
anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.
11. Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini
mengingatkan ibu bapa agar
bertindak sebagai agen pencorak utama karakter
anak-anak supaya mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan
yang sempurna amat didambakan.
12. Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi,
sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit
dengan pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.
Assalamualaikum cikgu. saya mohon kebenaran untuk mengambil dan membuat sedikit pengolahan sebagai nota tambahan kepada pelajar saya. T.Kasih
ReplyDeletetq teacher as i will take this copy to my student^^
ReplyDeletegratitude heart
Thank you teacher..
ReplyDeleteThank you teacher..
ReplyDeleteesok spm mohon doakan ye semua..agar fikiran saya tenang :p. i will take this copy.
ReplyDeletePeribahasa apa yg sesuai untuk keluarga bahagia
ReplyDeletetq sangat2 membantu
ReplyDeleteChicken attack
ReplyDeletetanx
ReplyDeleteHalohalohalohalo
ReplyDeleteBagus
ReplyDeleteThanks for this fact. Berguna sangat untuk saya membuat latihan di rumah
ReplyDeleteperibahasa apa yang sesuai dalam karangan cara cara mewujudkan keluarga bahagia yee...
ReplyDeleteapa peribahasa untuk 'tidak mendengar nasihat ibu bapanya'
ReplyDeletebagai mencurah air ke daun keladi
Deletedimana ada jalan, di situ ada highway
ReplyDelete😂😂😂😂
DeletePeribahasa apa yang sesuai untuk karangan kebaikan rumah terbuka
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu..saya mohon kebenaran untuk mengambil dan membuat nota tambahan ya��
ReplyDeleteSangat difahami...terima kasih
ReplyDelete