Monday 12 August 2013

AMALAN BERJIMAT CERMAT


AMALAN BERJIMAT CERMAT AMAT DIGALAKKAN DALAM KEHIDUPAN

             Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam kehidupan. Isu ini sering diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja secara berhekmah dengan berhati-hati dan bukan secara boros. Biasanya segenap lapisan masyarakat perlu berjimat cermat untuk memastikan mereka tidak kesusahan di kemudian hari. Amalan berjimat cermat diamalkan dalam masyarakat, namun sikap segelintir masyarakat yang bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam berjimat menyebabkan amalan ini terhenti di tengah jalan. Namun, bagaimanakah cara-cara untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat?
               Jika ditelusuri secara mendalam, kepentingan amalan berjimat cermat dalam kehidupan ialah membantu seseorang ketika susah seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Hal ini kerana, melalui membantu seseorang ketika susah akan mengurangkan masyarakat yang miskin dan berpendapatan rendah di negara kita. Selain  itu, melalui membantu seseorang ketika susah dapat meningkatkan taraf  kehidupan seseorang masyarakat. Natijahnya, masyarakat yang susah dapat meringankan beban yang mereka hadapi. Tamsilnya, wang sudah di simpan di bank dapat dikeluarkan bagi menghadapi saat-saat getir dalam hidup. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa berjimat dapat menjadi tangan ghaib yang membantu kita pada saat tiada yang boleh membantu.
                Jika dikaji sekali lagi, amalan menjimatkan wang boleh dijadikan sebagai tabung simpanan wang kita untuk masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh dijadikan bekalan  kita apabila menghadapi kesusahan pada hari muka. Hal ini bertepatan dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan. Natijahnya, kita tidak akan menhadapi kesulitan wang pada masa akan datang. Misalnya, kita pelru menabung wang kita dengan membuka akaun simpanan bank atau menyimpannya di rumah sahaja. Jadi jelaslah bahawa amalan berjimat cermat boleh memberi jaminan untuk masa depan kita nanti.
                 Jika dikaji seterusnya, amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat dapat melahirkan pengguna yang bijak kerana dapat mengelakkan pembaziran dalam membelanjakan wang. Dalam hal ini, seorang pengguna yang bijak akan lebih berwaspada dan lebih peka ketika membeli barang. Bahkan juga, seorang pengguna yang bijak juga akan membeli barangan keperluan kehidupan seharian sahaja dan tidak membazirkan wang dengan membeli barang yang tidak memberi apa-apa faedah. Sebagai tamsilny, ketika membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, kita perlu mengetahui isi kandungan dan sum ber barang tersebut sebelum membelinya. Masyarakat juga dapat hidup dengan lebih kondusif.Oleh itu, ternyatalah benar bahawa dengan mengamalkan amalan berjimat cermat dapat melahirkan pengguna yang bijak.

               Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan murni dan seharusnya amalan ini dipraktikkan sejak azali lagi khusunya sewaktu kecil lagi. Jika diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat. Dengan amalan menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang yang mereka hajati. Biarpun lambat namun barang yang dihajati itu tetap  akan dapat dimiliki. Dengan amalan menabung ini, sedikit sebanyak ia dapat menjamin masa hadapan kerana seperti kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Menurut kata Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, amalan menabung ini perlu diajar kepada anak-anak dari kecil lagi supaya amalan menabung ini dapat memberi faedah dan manfaat pada masa hadapan.
                Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut, amalan berjimat cermat juga dapat memupuk amalan menabung. Dengan menabung kita dapat mengumpul wang untuk masa hadapan anak-anak. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa haruslah mengamalkan amalan menabung ini untuk menjamin pendidikan anak-anak. Seringkali, dikaitkan isu kewangan dalam negara kita yang kian menjadi racun dalam masyarakat. Sebanyak 1440 kes perceraian dalam masyarakat kita ini berpunca daripada kemerosotan kewangan. Bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin mereka akan menhadapi masalah ini dan akhirnya sebagai penyelesaian mereka akan bercerai. Jadi sebagai langkah penyelesaian amalan menabung haruslah dipraktikkan sejak dari dulu lagi untuk menjamin kebahagiaan keluaraga di masa hadapan. Dengan itu, anak-anak boleh menikmati kemewahan dan keselesaan hidup.
                  Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan yang paling bagus dan seharusnya amalan ini dipraktikkan oleh semua orang. Jika diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat. Dengan amalan menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang-barang yang mereka inginkan. Biarpun lambat tetapi barang yang mereka hajati itu dapat dibeli.
                   Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana, amalan berjimat cermat itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan amalan ini sejak dari azali lagi. Bak kata pepatah, bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan itu sahaja, kita juga haruslah memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimat cermat dan kita juga perlu menunjukkan teladan yang baik supaya generasi akan datang dapat mencontohi sikap ini. Amalan ini harus ditanam dalam diri masing-masing sejak dari kecil lagi oleh ibu bapa bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya sebelum nasi menjadi bubur.







21 comments:

  1. Karangan ini sangat membantu . Terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  2. Karangan ini boleh membantu . Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. berjimat dengan mykad kita .http://dinarexcel.com

    ReplyDelete
  4. Awesome karangan

    ReplyDelete
  5. Awesome karangan

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih...ㅓㄴㅎ남솢ㅍㅁ

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete