Tuesday 6 August 2013

Latihan Kertas 2 SPM


PEPERIKSAAN PRA - SPM 2013                                      
1103/2
BM Kertas 2
Ogos
2 1/2  jam                                                                              Dua jam tiga puluh minit
 

1.       Kertas soalan ini mengandungi empat soalan
2.       Jawab semua soalan
3.       Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan  teks KOMSAS Tingkatan 4 dan 5
 

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan leliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah blog kepada remaja dan langkah-Iangkah mengawal penyalahgunaannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hari ini minat terhadap penulisan menjadi ledakan dalam dunia teknoiogi maklumat, terutama laman blog yang menjurus kepada isu politik berbanding dengan penulisan blog dalam pelbagai cabang dan isu lain. Perkembangan teknologi Internet dan dasar keterbukaannya secara tidak langsung telah memperluas dan memperkembang fungsi blog.
Menulis blog atau memblog setiap hari akan menjadikan remaja lebih yakin pada diri melalui pandangan yang diutarakannya. Walau bagaimanapun dalam menyuarakan pendapat atau pandangan lentang sesuatu isu kita tidak boleh menyalahi undang-undang seperti menyebar fitnah dan menghasut. Apabila sering melahirkan buah fikiran melaui blog, mereka bukan sahaja mampu menjanakan pemikiran secara lebih terbuka dan kritis, melalui perkongsian pandangan dan perdebatan secara terbuka dalam sesuatu isu, telapi juga menjadi terapi yang sihat kepada minda. Oleh itu, laman blog menjadi medium paling berkesan untuk berkongsi apa-apa juga pendapat dan pandangan, sekali gus menjadikan seseorang pengendali laman blog lebih peka dan terbuka baik dari segi pemikiran mahupunpandangannya.
Dalam meneliti kebanyakan laman blag yang ada pada hari ini, penyertaan remaja amat
kurang. Sebahagian besar remaja lebih tertarik kepada laman yang dipanggil sebagai laman sembang seperti Friendster, Facebook, Twiter, dan Fanbook. Laman ini menjadi tempat untuk menambahkan kenalan bagi membolehkan mereka berkongsi minat tentang isu atau hal berkailan dengan dunia mereka sendiri. Golongan remaja yang masih dalam proses menuju kematangan wajar menggunakan kebaikan blog ini sebagai tempat untuk mempopularkan diri sarna ada dalam kalangan pemblog ataupun dalam kalangan rakan mereka di sekolah. Hal ini demikian kerana menjadi popular melalui blog merupakan satu strategi yang posilif.
Remaja hari ini perlu memanfaatkan perkembangan blog untuk membentuk pemikiran yang lebih positif. Sebagai contoh, mereka baleh membina satu blog yang khusus untuk bertukar-tukar nota pelajaran. Dengan cara ini, mereka dapal berkongsi ilmu dan menambahkan pengetahuan yang ada. Di samping iru, jika pandai memanfaatkan perkembangan teknologi hari ini, laman blog juga dapal dijadikan ruang unruk mendapatkan duit dengan cara mudah. Hal ini demikian kerana perkembangan sistem pemasaran di alam siber telah membolehkan sesiapa sahaja untuk mengiklankan produk masing-masing dalam dunia pengiklanan Internet.
Blog dan memblog ialah fenomena baharu dan menarik. Namun demikian belakangan ini, remaja dilihat lebih terarah dan berminat mengendalikan laman blog lucah dan memaparkan salah laku moral remaja. Agak menyedihkan apabila blog disalahgunakan sedangkan dunia blog itu sendiri banyak manfaatnya jika digunakan sebaik mungkin.



Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]


Soalan 2 (a)· Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soolan yang berikut dengan menggunakan aya! anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata straregi yang positif.                                                 [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa contoh penyalahgunaan blog.
Nyatakan tiga daripada penyalahgunaan tersebut.                                                        [3 markah]

(iii) Pada pendapat aoda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan orang ramai menggunakan
laman blog?                                                                                                                    [4 markah]



Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor. 
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza. 
Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati M16.
(Dipetik daripada Mellisa oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan harapan Mellisa sebelum dia meninggal dunia.                                         [2 markah]

(ii) Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda.          [3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.                                                         [4 markah]



Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah maka kata tuan puteri, “Hai inangda, esok harilah kita pergi ke taman, mandi, berbedak, dan berlangir.” Maka segala dayang-dayang perwara pun berbuat bedak dan langir.
Setelah pagi hari, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan dayang-dayang itu pun sekalian pergilah turun ke taman. Setelah dilihat oleh penunggu tasik itu pun tuan puteri itu datang, maka katanya “Hai cucuku, itulah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi datang. Pergilah tuanku bersembunyi pada tempat yang sunyi-sunyi.” Setelah itu, maka tuan puteri itu datang dengan segala dayang-dayang dan inang pengasuhnya .
Setelah sampai ke taman itu, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berseru-seru,” Adakah nenekku di rumah ? “Maka sahut peri itu, “Tikar dan bantal seperti  ada orang tidur.” Maka kata segala dayang-dayang itu, “Benarlah kata tuan puteri baharu pula rumah nenekku itu ada tempat ketiduran laki-laki rupanya.” Maka kata peri itu , “Adapun tempat tidur siang hari ini tempat hamba tidur malam hari.” Maka ia pun tertawa serta bergurau  dan  bersenda. Maka tuan puteri pun berbedak dan berlangirlah. Maka ramailah yang bergosok-gosok. Maka barang lakunya tuan puteri itu habislah dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu. Maka baginda pun berahilah dalam hatinya. Sungguhlah seperti kata peri itu. Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam cindai itu serta diiringkan oleh segala dayang-dayang dan serta inang  pengasuh sekalian.    
                                   
(Dipetik daripada ms 37 Hikayat Langlang Buana dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)      Nyatakan tindakan penunggu tasik itu apabila melihat Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi datang?                                                                                                                             [2 markah]

(ii)     Apakah tujuan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan dayang-dayang dan inang pengasuhnya pergi ke taman itu?[3 markah]

(iii)    Pada pendapat anda apakah tujuan dayang-dayang dan inang pengasuh menemani tuan puteri tersebut?[3 markah]                                                                     


Soalan 2 (d) – Petikan Puisi


Dirgahayu Bahasaku -  Ahmad Sarju

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000) - Manuskrip Luka Bangsa, 2006 - Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

(i) Berikan maksud dirgahayu bahasaku berdasarkan sajak tersebut?                                     [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masih ada segelintir masyarakat Malaysia yang enggan bertutur menggunakan bahasa Melayu?                                                                                   [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.                                           [3 markah]




Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

a.       Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata  di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan  maksud dan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.                     negara bangsa
ii.                   runding cara
iii.                  enjin carian
iv.                 paparan  kristal cecair
v.                   kitaran proses biologi
vi.                 warisan budaya bangsa                                                                                    [6 markah ]


b.      Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.

i.                     Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
ii.                   Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
iii.                  Pantai di kampung saya  mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
iv.                 Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu mahal.
v.                   Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis  di Taman Melati, semalam.
vi.                 Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika  menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.                                                                    [6 markah ]


c.      Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.                     Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.
ii.                   Sifat remaja yang terkenal dengan agresif, kraetif, dan inovatif merancakan  aktiviti hiburan mereka lagi
iii.                  Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.                                                                                                               [6 markah]
     

d.      Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.                     Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan.
ii.                   Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.
iii.                  Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.                                                                        [6 markah]


e.      Baca  petikan di bawah  dengan  teliti  dan  kemudian  senaraikan  peribahasa  yang
            sesuai  untuk diisikan pada tempat kosong.

Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana ........................................................... Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa .................................................................................. Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan pujukan mereka seperti ............................................................................................................
[6 markah]


Soalan 4 : Novel
[15 markah]

a.      Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa  menyayat hati yang terdapat dalam novel tersebut.                                                                       [ 7 markah]

b.      Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan  persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut                                                      [8 markah]





KERTAS SOALAN TAMAT

2 comments:

  1. Cikgu, apakah soalan karangan bm dan bi yang dapat cikgu spot untuk kertas percubaan Kedah? Please cikgu

    ReplyDelete
  2. Cikgu Muin adakah ini percubaan SPM esok???

    ReplyDelete