Monday 12 August 2013

Semangat patriotik


Isu : Semangat patriotik
Kehendak Soalan: Usaha oleh ibu bapa

Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini,dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Negara yang pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Negara yang semakin pesat membangun seperti tumbuh sama basah timbul samahanyut seiringan dengan negara maju yang lain.Namun semangat patriotik masih gagal difahami oleh keseluruhan remaja di Malaysia.Biasanya,semangat patriotik perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan peringkat umur di bumi Malaysia yang sedang membangun ini.Anak-anak muda pada hari ini lebih suka berfoya-foya dan melakukan kegiatan yang tidak bermoral sehingga mencemarkan nama baik negara. Dari segi konsepnya,semangat patriotik boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta dan kasih akan tanah air.Perasaan sedemikian harus disemai dan dipupuk sejak kecil lagi agar lebih menyayangi dan mencintai negara.Semangat patriotik ini sekali gus membuktikan,menghayati dan menghargai pengorbanan para pejuang negara terdahulu.Namun malangnya,remaja kini kurang menghayati perkara tersebut dan hal ini berpunca daripada kurangnya penekanan yang tegas dan serius oleh ibu bapa. Oleh itu,terdapat pelbagai langkah yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
                Sudah terang lagi bersuluh,peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak lebih menghayati semangat patriotik ialah ibu bapa perlu membelikan anak-anak buku-buku yang bercorak sejarah sejak kecil lagi.Hal ini kerana,mereka serba sedikit mula berfikir tentang bahan yang dibacanya.Tidaklah rugi sekiranya mendedahkan mereka dengan perkara sebegini sejak kecil sebaliknya ini adalah satu langkah efektif yang boleh dilakukan kepada anak-anak.Tidak dapat dinafikan bahwa berkemungkinan besar mereka tidak akan begitu memahami apa-apa yang dibacanya tetapi tidak mengapa asalkan mereka sudah diberi pendedahan dan lambat laun apabila sudah semakin besar kelak,mereka akhirnya akan memahami bahan bacaannya dengan lebih terperinci untuk memastikan anak-anak tidak mengalami kebosanan apabila membaca kisah semangat patriotik,ibu bapa bolehlah membacanya bersama-sama anak-anak.Hal ini bertepatan dengan aforisme,meluntur bulu biarlah dari rebungnya.Oleh itu,ibu bapa tidak seharusnya cepat berputus asa malah meneruskan usahanya sedikit demi sedikit tanpa sebarang rungutan di hadapan anak-anak yang kian membesar dan memahami.Sekiranya ibu bapa berjaya melaksanakan usaha sedemikian,nescaya apabila anak-anak sudah bergelar remaja mereka akan lebih memahami soal semangat patriotik dan akan menghormatinya.
                Memetik wasitah nirmala seterusnya,ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik terhadap anak-anak.Hal ini kerana,sekiranya ibu bapa mengamalkan semangat patriotik nescaya anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka.Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu,air perabung mengalir ke cucur atap.Ibu bapa boleh menarik perhatian anak-anak kepada unsur patriotisme.Harus diingatkan juga bahawa anak-anak tidak akan melakukan sebarang perkara di luar jangkaan.Sebagai contoh,memijak dan membakar bendera dan sebagainya.Pemantauan ibu bapa boleh dianalogikan seperti sayap yang sentiasa melindungi badannya.Menurut Dato’ Dr Hj. Fadzillah Kamsah,ibu bapa yang bijak dalam membimbing dan mengatur hidup anak-anak serta berjaya mengawasi anak-anak mereka akan melahirkan sikap anak-anak yang mulia dan sentiasa bertanggungjawab.Sekiranya,ibu bapa berjaya menjadikan dirinya sebagai ikon kepada anak-anak,nescaya semangat patriotik ini dapat diserap dan dihayati dalam diri anak-anak.
                Walakin,ibu bapa juga boleh menggalakkan dan membawa anak-anak menyertai pertandingan yang berunsurkan semangat patriotisme.Misalnya seperti kuiz sejarah yang menyatakan dan memajukan soalan yang berkaitan tokoh-tokoh negara,nama pemimpin-pemimpin negara,peristiwa bersejarah negara Malaysia dan sebagainya.Selain itu, ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk menyertai pertandingan pidato yang berhubunh tentang kenegaraan atau forum perdana.Hal ini kerana,anak-anak akan lebih berusaha untuk mencari jawapan mahupun maklumat yang berkaitan dengan patriotik.Hal ini sekali gus membawa anak-anak mahupun remaja mendalami sejarah negara dan sebarang peristiwa yang pernah berlaku di negara kita suatu ketika dahulu.Kesan daripada penglibatan mereka dalam perkara sebegini adalah dapat meningkatkan daya pemikiran dan tahap opengetahuan mereka.Tugas mereka di bumi Malaysia ini ialah untuk menjadi seorang individu yang sentiasa bertanggungjawab dan mempunyai nilai kesedaran yang tinggi dalam diri mereka.Mereka juda perlu menerima sebarang kemajuan dan sentiasa berfikiran terbuka dalam perkara yang positif.Janganlah mereka menjadi seperti sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor.Oleh itu,para remaja seharusnya mulai sedarakan semangat patriotik di dalam diri masing-masing supaya hidup akan lebih mengingati jasa dan pengorbanan orang terdahulu.
   Selain itu,ibu bapa juga seharusnya membawa anak-anak menghadiri kempen yang berkaitan dengan patriotisme.Sebagai contoh,kempen yang mempamerkan gambar-gambar tokoh negara,pejuang-pejuang tanah air,risalah yang menceritakan soal tanah Melayu dahulunya dijajah oleh kuasa luar dan sebagainya.Hal ini kerana,akan wujud keinsafan yang ikhlas dalam diri anak-anak.Cukup sekadar mereka memahami dan menghormati semangat patriotik sudah jelas melahirkan mereka sebagai seorang insan yang berguna dan bertanggungjawab demi menjaga keamana negara.Selain itu,apabila tiba hari kemerdekaan,ibu bapa boleh membawa anak-anak menghadirinya dan meraikannya diri dalam sebarang aktiviti pada Hari Kemerdekaan seperti perarakan,kibaran jalur gemilang,pembentukan logo dan sebagainya.Pemimpin negara yang mesra rakyat seperti Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak juga telah menarik minat para remaja yang semakin mencintai negara Malaysia dan berjaya menyematkan semangat patriotik dalam diri mereka.Oleh itu,amatlah penting bagi semua pihak untuk berganding bahu dan menyemarakkan semangat patriotik dalam diri mereka.
                Sebagai intiha,semangat patriotik yang juga merupakan semangat cinta akan tanah air seharusnya disemai dalam jiwa para remaja.Hal ini kerana,semangat patriotik kian luntur dan hanya dipandang remeh.Perkara ini semakin membimbangkan ramai pihak dan harus ditangani sebelum menular mahupun menjadi lebih serius.Sememangnya,semangat patriotik dalam kalangan remaja semakin berkurangan hari demi hari.Semoga semangat patriotik ini tidak luput dalam jiwa anak-anak.Oleh itu,kita perlu menyusun saf daripada sekarang sebelum terlambat.Sekiranyan semangat patriotik ini berjaya meresap dalam jiwa anak-anak.nescaya negara kita,Malaysia mampu melahirkan lebih ramai individu yang prihatin,bersatu-padu dan bertanggungjawab demi mempertahankan tanah air yang tercinta ini 1Malaysia teras perpaduan.

1 comment: